Lelaki didakwa bunuh ibu mentua
Lelaki didakwa bunuh ibu mentua
![Lelaki didakwa bunuh ibu mentua](https://mykmu.net/wp-content/uploads/2025/02/photo_6152188593506992956_y_1739329862.webp)
JOHOR BAHRU: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan membunuh ibu mentuanya, awal bulan ini.
Tertuduh, Zuraidi Zakaria, 51, faham akan pertuduhan dihadapinya selepas ia dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Atifah Hazimah Wahab.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Selepas Tengku Maimun, Mantan Presiden Majlis Peguam Pula Kecam Kerajaan Perpaduan
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nik Noratini Nik Azman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan dan kes ditetapkan untuk sebutan semula sementara menunggu laporan DNA pada 28 April depan.
Sebelum ini, media melaporkan, polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan susulan kematian seorang warga emas yang ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah rumah dekat Taman Sri Skudai, Skudai di sini.
Lelaki didakwa bunuh ibu mentua
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
You must be logged in to post a comment.