JDT mengaum benam Central Coast Mariners

JDT mengaum benam Central Coast Mariners

JDT mengaum benam Central Coast Mariners
ANTARA aksi JDT bertemu Central Coast Mariners. FOTO JOHOR SOUTHERN TIGERS

Kuala Lumpur Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengaum di pentas antarabangsa apabila membenam wakil dari Australia Central Coast Mariners 2-1 dalam aksi Kumpulan Zon Timur Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) sebentar tadi.

Walaupun beraksi di hadapan penyokong lawan di Stadium Central Coast, di Gosford, New South Wales, Australia, JDT yang menampilkan barisan pterkuat tidak berhadapan masalah untuk menguasai perlawanan sebaik wisel perlawanan ditiup.

Separuh masa pertama menyaksikan, JDT yang dibarisi tiga import baharu Alvaro Gonzalez, Jonathan Viera dan Roque Mesa kerap mengatur serangan bagi mencari gol pembukaan.

Namun, malang buat Mesa apabila pemain berusia 35 tahun itu hanya mampu bertahan Pemain 23 minit saja sebelum dikeluarkan kerana mengalami kecederaan sebelum diganti Afiq Fazail.

Peluang terbaik JDT untuk berada di depan hadir menerusi Bergson Da Silva namun jaringan dibatalkan kerana berada dikedudukan offsaid.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Selepas Tengku Maimun, Mantan Presiden Majlis Peguam Pula Kecam Kerajaan Perpaduan


Skuad kendalian Hector Bidoglio memiliki kelebihan apabila pasukan tuan rumah terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas penjaga golnya Dylan Peraic Cullen dilayangkan kad merah oleh pengadil sebelum separuh masa pertama tamat.

Memasuki babak kedua menyaksikan JDT tanpa belas ihsan kerap melancarkan serangan berbahaya ke kubu lawan menerusi jentera serangan diketuai Gonzalez.

Peluang terbaik JDT hadir pada minit 63 namun tandukan Gonzalez terkena palang sekali gus memberi kelegaan kepada kem pasukan tuan rumah.

Gol yang ditunggu akhirnya menjelma apabila gerakan menarik Arif Aiman sebelum melorongkan bola kepada Gonzales berajya mengeggarkan gawang lawan untuk kedudukan 0-1.

Kegembiraan skuad Harimau Selatan tidak bertahan lama apabila Alou Kuol menyamakan kedudukan menerusi tandukannya pada minit 70.

Gonzalez sekali lagi membuktikan bahawa pembeliannya adalah berbaloi apabila menanduk gol kemenangan ketika perlawanan berbaki 11 minit sebelum tamat.

Kedudukan 1-2 kekal hingga tamat perlawanan sekali gus menyaksikan JDT berjaya membawa pulang tiga mata sekali gus untuk berada di kedudukan kelima kumpulan A menerusi 11 mata.

JDT dijadualkan akan bertemu pasukan dari Korea Selatan Pohang Steelers pada 18 Februari ini di Stadium Sultan Ibrahim.

JDT mengaum benam Central Coast Mariners

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker