‘Sabar, saya akan kembali bulan depan’ – Mamut

‘Sabar, saya akan kembali bulan depan’ – Mamut

'Sabar, saya akan kembali bulan depan' - Mamut
MAMUT bakal kembali memperkuatkan pasukan itu pada Mac ini. FOTO GHAZALI KORI

Kuala Terengganu: “Saya sedar peminat bagaikan tidak sabar untuk melihat penampilan pertama saya pada musim ini selepas berehat panjang sejak awal saingan Liga Malaysia (Liga M) lagi.

“Namun faktor kecederaan yang belum pulih sepenuhnya memaksa saya tangguhkan terlebih dahulu impian berkenaan,” ujar penyerang import Terengganu FC (TFC), Ivan Mamut.

Jelas pemain yang digelar ‘mesin gol’ oleh peminat setia skuad itu pada musim lalu, dia akan kembali menyarung jersi pasukan pada bulan depan selepas kecederaan tendon achilles pada kaki kirinya pulih sepenuhnya.

Kata pemain kelahiran Croatia berusia 28 tahun itu, dengan berbaki tujuh perlawanan lagi, dia meletakkan harapan yang tinggi agar dapat membantu pasukannya dalam misi untuk menamatkan saingan liga sekurang-kurangnya di kelompok empat pasukan terbaik.

“Pada masa sama harap peminat setia skuad TFC bersabar, saya jangkakan akan dapat beraksi bersama pasukan pada Mac ini walaupun sedar saingan liga semakin hampir ke penghujungnya,” katanya.

Terdahulu peminat skuad Penyu itu tertanya-tanya bila penyerang yang menjaringkan 22 gol sepanjang 32 penampilannya bersama skuad itu pada musim 2023/2024 dapat beraksi.

Ini kerana pemain itu sudah kembali ke pangkuan Terengganu sejak 7 Januari lalu, namun masih lagi tidak  beraksi sekali gus menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat.

TFC yang sebelum ini hilang sentuhan Mamut selepas kecederaan yang dialaminya ketika sesi latihan pada awal musim setakat ini baharu menjaringkan 22 gol daripada 17 perlawanan.

Pertengahan musim ini, skuad itu mengikat penyerang kebangsaan EL Savador, Nelson Bonilla untuk bergandingan dengan pemain berasal dari Nigeria, Ismaheel Akinade, namun kedua-duanya dilihat tumpul.

Sementara itu ketua jurulatih, Badrul Afzan Razali menjangkakan pemain itu akan kembali bersama pasukan pada bulan depan.

 

‘Sabar, saya akan kembali bulan depan’ – Mamut

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker