RLIR 2025: The Next Factor laung amaran awal
RLIR 2025: The Next Factor laung amaran awal
Langkawi: Wakil negara, kapal layar The Next Factor dikendalikan Rolf Heemskerk memberi amaran awal apabila menjuarai kelas Racing pada hari pertama Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) 2025, hari ini.
Heemskerk dan rakan-rakan dari Kelab Perahu Layar Diraja Selangor (RSYC) mendominasi tiga perlumbaan dalam saingan Harbour Race di Kelab Perahu Layar Diraja Langkawi (RLYC) dengan catatan tiga mata.
Kapal layar Blitz dari Hong Kong yang dikendalikan Nick Burns mengumpul enam mata berada di tempat kedua, manakala satu lagi wakil negara, ATM Sailing Team diketuai Hasani Izhar Abu Hassan (sembilan mata) ketiga.
Tiupan angin yang baik pada sebelah pagi dengan kelajuan antara lapan hingga 10 knot memberi peluang kepada semua peserta bersaing sengit pada laluan yang agak panjang dan mencabar.
Bagi kelas International Racing Class 1 (IRC1), kapal layar Char Chan dari Jepun yang dikendalikan Kazuki Kihara menguasai tempat pertama selepas mengumpul tiga mata.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Beranikah UMNO Membuat Laporan Polis Terhadap Pihak Yang Menyembunyikan Titah Adendum?
- Kredibiliti Kerajaan Tercalar Teruk Dengan Keputusan Mahkamah Rayuan
Apakah Kerajaan Akan Terus Memanjangkan Isu Titah Adendum Di Mahkamah?
Tempat kedua pula menjadi milik kapal layar negara, Mata Hari diketuai Vincent Chan dengan catatan enam mata, manakala pasukan Team Jolt dari Singapura dikendalikan Lee Yi Min di tempat ketiga dengan sembilan mata.
Satu lagi wakil negara, kapal layar Dash mengungguli tempat pertama kelas Club dengan catatan dua mata, kedua oleh Wind of Change dan Suraya ketiga selepas masing-masing mengumpul lima dan enam mata.
Pada edisi ke-21 kali ini, sebanyak 35 bot membabitkan 270 pelayar dari 16 negara berentap merebut gelaran dalam enam kelas perlumbaan iaitu Racing, IRC1, IRC2, Club Class, Sports Boats dan Multihull.
RLIR 2025: The Next Factor laung amaran awal
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Suara Rakyat Boleh Di Bisukan Tetapi Kemarahan Rakyat Akan Berpanjangan
- Adakah KK Mart Kebal Dari Undang-Undang?
- Terbukti Mahathir Kaki Gaduh
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Siapa AMK Yang Mahu Tuntut Ku Li Minta Maaf
You must be logged in to post a comment.