12 maut dalam letupan di loji bahan letupan Turkiye
12 maut dalam letupan di loji bahan letupan Turkiye
ISTANBUL: Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh, manakala empat yang lain cedera dalam letupan kuat di loji bahan letupan di barat laut Turkiye.
Rakaman menunjukkan serpihan kaca dan logam bertaburan di luar loji berkenaan.
Gabenor tempatan, Ismail Ustaoglu, berkata berdasarkan laporan awal, 12 pekerja meninggal dunia dan empat dibawa ke hospital dengan kecederaan akibat letupan itu.
“Semoga Allah merahmati rakyat kita yang meninggal dunia dan cepat sembuh kepada yang cedera,” katanya.
Letupan pada jam 8.25 pagi waktu tempatan itu berlaku di bahagian loji yang menurut pegawai tempatan runtuh akibat letupan berkenaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Yang Cuba Di Sorokkan Oleh Pemberi Maklumat Skandal Rasuah Sabah?
- Kerajaan Mesti Jawab Pendedahan Ezam Mengenai Perintah Pembebasan Segera DS Najib
- Mungkinkah Wakil Istana Pahang Akan Beri Keterangan Di Mahkamah?
Menteri Dalam Negeri, Ali Yerlikaya berkata, punca letupan masih belum diketahui dan pihak berkuasa menolak tindakan sabotaj.
“Kami sedang mencari punca kejadian itu,” katanya.
Pihak pendakwa raya sudah melancarkan siasatan menyeluruh.
Loji berkenaan yang terletak di utara Balikesir, membuat peluru dan bahan letupan serta suar untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
Turkiye menjadi pengeksport pertahanan utama, terutama untuk dron dengan Presiden Recep Tayyip Erdogan penyokong utama industri itu.
12 maut dalam letupan di loji bahan letupan Turkiye
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keadilan Untuk DS Najib: Ikhlas Atau Tidak Bukan Isunya
- Jihad Membela Fitnah PAS
- RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Politik Sabah Semakin Panas, Rakyat Sudah Turun Ke Jalanraya, Apa Solusinya?
You must be logged in to post a comment.