Hujan lebat tidak halang ramai tunggu jenazah lima sekeluarga

Hujan lebat tidak halang ramai tunggu jenazah lima sekeluarga

Hujan lebat tidak halang ramai tunggu jenazah lima sekeluarga
Suasana di surau Ikhlas jemaah menunggu ketibaaan jenazah lima sekeluarga yang terbabit nahas membabitkan lima kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara dekat Alor Gajah, malam tadi. – Foto NSTP/ASYRAF HAMZAH

KAJANG: Lebih 100 ahli keluarga, jiran, sahabat handai serta kenalan berada di Surau Al Ikhlas, Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi bagi menunggu ketibaan jenazah lima sekeluarga yang maut dalam kemalangan lima kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan dekat Air Keroh, malam tadi.

BH yang berada di lokasi mendapati cuaca di sini kini hujan lebat namun ramai terus menunggu dan mengambil kesempatan membaca surah Yassin sementara menunggu jenazah sampai.

Difahamkan, kelima-lima jenazah akan disembahyangkan di surau berkenaan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas di sini, selepas Asar.

Hujan lebat tidak halang ramai tunggu jenazah lima sekeluarga
Rakan dan kenalan menunggu ketibaaan jenazah lima sekeluarga yang terbabit nahas membabitkan lima kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara dekat Alor Gajah, malam tadi. – Foto NSTP/ASYRAF HAMZAH

Jenazah lima sekeluarga, Khairul Ikhwan, 32, isterinya, Fadzlenna Ramli, 32, dan anak bongsu mereka, Muhammad Umar, 2, serta bapa dan ibu Fadzlenna, Ramli Ab Wahab, 66, dan Fauziah Jaafar, 69, dibawa ke surau berkenaan dengan van jenazah yang bertolak dari Hospital Melaka kira-kira jam 4 petang tadi.

Kemalangan kira-kira jam 8.40 malam itu membabitkan sebuah bas persiaran membawa 27 penumpang, dua lori, sebuah kereta dan sebuah MPV, Toyota Estima itu mengorbankan tujuh orang termasuk lima sekeluarga.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

RCI Pulau Batu Puteh: Jangan Kelam Kabut Ayam Sangat


Dua lagi yang meninggal dunia adalah pemandu bas persiaran, Noorisnien Khamid, 56, serta seorang penumpang bas yang belum dapat dikenal pasti identitinya.

Siasatan awal mendapati bas persiaran itu terlanggar tayar lori yang tercabut di lorong tengah dan menyebabkan pemandunya hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan tiga kenderaan.

Hujan lebat tidak halang ramai tunggu jenazah lima sekeluarga

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker