Lima mangsa bot karam ditemukan selamat, seorang masih hilang

Lima mangsa bot karam ditemukan selamat, seorang masih hilang

Lima mangsa bot karam ditemukan selamat, seorang masih hilang
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner, Mohd Farhan Lee Abdullah (tengah) dalam taklimat Ops CARILAMAT yang diaktifkan mencari nelayan yang hilang selepas bot mereka karam di Tanjung Sipang, Santubong. – Foto NSTP/ IHSAN MARITIM MALAYSIA.

KUCHING : Hanya seorang daripada enam nelayan yang hanyut di laut selepas bot mereka karam di perairan Tanjung Sipang, Santubong pada 17 Disember lalu, masih gagal ditemui.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner, Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, mangsa kelima diselamatkan oleh sebuah kapal di Tanjung Po, Muara Tebas, di sini, semalam.

Bagaimanapun, katanya mangsa terus dibawa oleh kru kapal berkenaan ke Sibu kira-kira jam 3 petang, semalam.

“Selepas dirujuk kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hari ini, mangsa disahkan adalah Thy Ny, warga Kemboja, salah seorang nelayan yang terbabit dalam bot karam di perairan Tanjung Sipang, Santubong, sebelum ini.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada Pasukan Polis Marin (PPM) Sibu seterusnya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu untuk dibawa ke Hospital Sibu bagi mendapatkan rawatan sebelum dihantar ke Kuching untuk tindakan lanjut,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

RCI Pulau Batu Puteh: Jangan Kelam Kabut Ayam Sangat


Tiga daripada mangsa iaitu Khlok Sem dari Kemboja serta Adikah dan Irman dari Indonesia diselamatkan oleh bot nelayan tempatan yang lain di kedudukan 3.5 batu nautika di barat Pulau Burong semalam, selepas tujuh hari bot mereka karam dan mereka dibawa ke Jeti Kampung Goebilt di Kuching kira-kira jam 6 petang semalam.

Operasi mencari dan menyelamat yang diteruskan hari ini berjaya mengesan seorang lagi mangsa yang terselamat iaitu Oeun Van, 37, dijumpai selamat di kawasan Sungai Serpan Laut, Asajaya oleh nelayan tempatan di kawasan perairan Asajaya pada jam 3.30 pagi.

Dengan pengesahan penemuan mangsa kelima, operasi kini hanya mencari seorang mangsa dikenal pasti sebagai Chaloem Sonada iaitu seorang warga Thailand.

Lima mangsa bot karam ditemukan selamat, seorang masih hilang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Politik Sabah Semakin Panas, Rakyat Sudah Turun Ke Jalanraya, Apa Solusinya?

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker