Amorim bengang dengan pihak bela Rashford
Amorim bengang dengan pihak bela Rashford
London: Pengurus Manchester United, Ruben Amorim, mempersoalkan ‘pilihan’ pihak berada di sekeliling penyerang, Marcus Rashford, yang masa depannya di Old Trafford kini kelihatan tidak menentu.
Pemain antarabangsa England berusia 27 tahun itu terlepas beraksi untuk kali ketiga berturut-turut pada Ahad lalu apabila United tewas 0-3 di laman sendiri kepada Bournemouth.
Rashford turut dikeluarkan daripada skuad ketika meraih kemenangan derby ke atas Manchester City awal bulan ini dan kekalahan di suku akhir Piala Liga kepada Tottenham, Khamis lalu.
Dua hari sebelum kekalahan kepada Spurs, Rashford dalam satu temu bual menyatakan bahawa beliau bersedia untuk cabaran baru dalam karier yang bermula di akademi United.
“Ia adalah situasi yang sukar tetapi saya faham pemain seperti ini mempunyai ramai pihak di sekeliling mereka, dan membuat beberapa pilihan yang kadangkala bukan pilihan utama pemain itu sendiri,” kata Amorim kepada Sky Sports.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Mesti Jawab Pendedahan Ezam Mengenai Perintah Pembebasan Segera DS Najib
- Mungkinkah Wakil Istana Pahang Akan Beri Keterangan Di Mahkamah?
“Selebihnya, saya rasa lebih baik untuk saya dan kelab menangani perkara itu apabila tiba masanya,” katanya.
Amorim turut menyuarakan sokongannya terhadap Rashford, yang masih mempunyai kontrak sehingga 2028, dan berharap pemain itu kekal di United.
Jurulatih dari Portugal itu berkata, dia boleh “memisahkan” hubungannya dengan Rashford daripada keputusan yang dibuat oleh penasihat pemain berkenaan.
“Buat masa ini, saya hanya fokus untuk memperbaiki Marcus,” tambah Amorim.
“Kami sangat memerlukannya ketika ini, (daripada seorang) pemain berbakat seperti Marcus, dan buat masa ini saya abaikan temu bual itu. Saya hanya menilai apa yang saya lihat di atas padang,” katanya lagi.
Kekalahan United kepada Bournemouth meletakkan mereka di tangga ke-13 dalam Liga Perdana, kedudukan terendah mereka di liga utama menjelang Krismas sejak 1986.
Pasukan bimbingan Amorim akan kembali beraksi menentang Wolves, Jumaat ini sebelum melayan kunjungan Newcastle pada Isnin depan.
Amorim bengang dengan pihak bela Rashford
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu?
- Apa Yang Cuba Di Sorokkan Oleh Pemberi Maklumat Skandal Rasuah Sabah?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Keadilan Untuk DS Najib: Ikhlas Atau Tidak Bukan Isunya
You must be logged in to post a comment.