WHO isytihar wabak virus Marburg di Rwanda berakhir

WHO isytihar wabak virus Marburg di Rwanda berakhir

WHO isytihar wabak virus Marburg di Rwanda berakhir
GAMBAR fail. FOTO Reuters

Washington: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat mengisytiharkan bahawa wabak Penyakit Virus Marburg di Rwanda telah berakhir, lapor United Press International (UPI).

Pengisytiharan itu dibuat selepas 42 hari berlalu sejak pesakit terakhir diuji negatif virus berkenaan sebanyak dua kali.

Kerajaan Rwanda memaklumkan bahawa wabak yang disahkan pada 27 September itu telah menyebabkan 15 kematian, manakala 66 kes dilaporkan.

Sebanyak 80 peratus daripada mereka yang terkesan merupakan petugas kesihatan yang merawat pesakit.

WHO dan pegawai tempatan memuji usaha besar-besaran dalam pengawasan penyakit, ujian, pencegahan dan kawalan jangkitan, pengesanan kontak, serta kesedaran awam yang berjaya membendung penyakit itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

RCI Pulau Batu Puteh: Jangan Kelam Kabut Ayam Sangat


Pertubuhan itu berkata pihaknya akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Rwanda untuk memastikan sebarang kebangkitan semula dapat dikesan dan ditangani dengan pantas.

Rwanda juga memaklumkan bahawa mereka sedang berhubung dengan individu yang pernah dijangkiti Penyakit Virus Marburg untuk memastikan mereka pulih sepenuhnya daripada sebarang kesan susulan.

Penyakit ini sangat melemahkan penghidapnya dengan kadar kematian antara 24 hingga 88 peratus, menurut pegawai WHO.

Di Rwanda, pegawai kesihatan berkata usaha kolektif berjaya memastikan kadar kematian berada pada tahap yang lebih rendah.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), Marburg adalah demam berdarah yang jarang berlaku tetapi teruk, dan boleh menyebabkan sakit yang serius dan kematian.

Gejalanya boleh menyerupai penyakit tropika lain, menyukarkan proses diagnosis.

WHO isytihar wabak virus Marburg di Rwanda berakhir

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Keadilan Untuk DS Najib: Ikhlas Atau Tidak Bukan Isunya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker