Keadilan Untuk DS Najib: Ikhlas Atau Tidak Bukan Isunya

Keadilan Untuk DS Najib Ikhlas Atau Tidak Bukan Isunya

Keadilan Untuk DS Najib: Ikhlas Atau Tidak Bukan Isunya

 

Perjuangan keadilan untuk mantan perdana menteri, DS Najib, masih diteruskan oleh pelbagai pihak.

DS Najib secara jelas sudah dinafikan hak beliau untuk mendapatkan keadilan dalam perbicaraan.

Malah beliau juga secara jelas sudah dinafikan hak beliau untuk membela diri.

Jauh lebih itu, DS Najib juga dikatakan, dinafikan hak beliau untuk mendapat kelegaan hukuman yang telah diberikan oleh SPB YDP Agong.

Pihak yang dilihat memperjuangkan keadilan untuk DS Najib mempunyai tujuan dan matlamat yang berbeza.

Ada pihak yang secara konsisten dari dahulu hingga kini bersuara dan mendesak agar pihak berkuasa mengembalikan hak pengadilan, membela diri dan pengampunan.

Bagi mereka, apa yang mereka mahukan adalah keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang dihormati.

Juga bagi mereka, ini bukan isu DS Najib, tetapi ini adalah isu keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Sekiranya kita sebagai rakyat tidak mendaulatkan dan menghormati prinsip Rukun Negara, siapa lagi.

Berpaksikan kepada prinsip itu, mereka konsisten dalam perjuangan keadilan untuk DS Najib.

Ada pula pihak yang dilihat cuba mengambil kesempatan dengan menunggang isu tersebut demi kepentingan tertentu.

Sebelum ini, mereka dilihat membisu dalam isu keadilan untuk DS Najib.

Namun, apabila melihat gelombang rakyat mula kuat mempersoalkan isu tersebut, mereka cuba mengambil kesempatan.

Cuba memainkan watak utama sebagai pejuang keadilan untuk DS Najib.

Kononnya merekalah yang terpaling lantang dalam membicarakan isu tersebut.

Tapi sekurang-kurangnya mereka bersuara untuk menambah tekanan kepada pihak yang berkuasa supaya tidak memekakkan telinga dan membutakan mata.

Membisu Bermaksud Bersetuju Dengan Kezaliman

 

Paling penulis tidak faham adalah pihak yang banyak mendapat laba ketika DS Najib berkuasa, mendabik dada sebagai sahabat sejati, tetapi mendiamkan diri.

Mata mereka tertutup rapat, telinga mereka dipekakkan dan mulut mereka dibisukan.

Bila ditanya, jawapannya adalah kami sedang berusaha mengikut cara kami.

Ada antaranya boleh diberitahu dan ada antaranya tidak boleh diberitahu.

Tetapi bila ada pihak yang lantang bersuara mengenai isu tersebut, dengan pantas mereka bersuara untuk membantah.

Kononnya tekanan akan menyukarkan usaha mereka.

Juga kononnya kelantangan suara akan menggagalkan usaha yang sedang dilakukan.

Masalahnya, DS Najib sudah 2 tahun dipenjarakan dan sudah hampir setahun dinafikan hak tahanan di rumah, menurut titah adendum.

Apa usaha yang mereka katakan sedang dilakukan?

Dalam konteks ini, adakah keikhlasan bersuara untuk dapatkan keadilan masih relevan?

Sekurang-kurangnya, pihak yang dikatakan tidak ikhlas itu bersuara.

Ianya lebih baik dari pihak yang mendabik dada sebagai ikhlah tetapi membisu seribu bahasa.

 

Keadilan Untuk DS Najib: Ikhlas Atau Tidak Bukan Isunya

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker