Lima Geng Heri dalang kes samun kedai runcit diberkas
Lima Geng Heri dalang kes samun kedai runcit diberkas
BENTONG: Lima anggota ‘Geng Heri’ yang mendalangi kes samun bersenjata di sebuah kedai runcit di Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong pada awal pagi 29 Oktober lalu ditahan, manakala seorang lagi masih diburu.
Semua suspek berusia antara 27 hingga 34 tahun itu ditahan hasil beberapa siri serbuan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri di sekitar Gombak dan Selayang antara 8 Disember hingga 15 Disember lalu.
Mengulas lanjut, katanya berdasarkan modus operandi, geng terbabit ‘berlakon’ sebagai anggota polis dengan menggari mangsa iaitu lelaki warga negara Bangladesh sebelum melarikan wang tunai RM8,000 hasil jualan kedai itu, selain telefon bimbit yang keseluruhannya bernilai RM9,500.
“Hasil risikan dan maklumat awam, pada 8 Disember hingga 15 Disember, JSJ lima suspek melalui beberapa siri serbuan di sekitar Gombak dan Selayang.
“Seorang lagi suspek dikenali sebagai Mohd Faizal Supriadi atau Peja yang berusia 33 tahun masih diburu,” katanya.
Yahaya berkata, hasil serbuan polis merampas dua pucuk pistol jenis Pietro Beretta dan jenis CZ 75D Compact berserta kelopak dan sarung berwarna hitam.
Turut dirampas pistol angin warna hitam serta kelopak Detonics 45; satu plastik lutsinar mengandungi 15 butir peluru 9MM Thai ARMS dan 21 peluru 9 MM Luger serta satu plastik lutsinar mengandungi 26 butir peluru .38 USA.
“Satu kelopak kosong warna hitam, satu plastik berisi bebola besi (ball bearing) turut ditemui, selain tiga kerambit, sebilah pisau berhulu warna kuning, satu kotak hijau berisi manik dan sebuah motosikal Yamaha 135 LC warna hitam biru serta topi keledar warna hitam,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Road To Kajang Or Road To Sungai Buloh?
- Di Mana Suara Majlis Peguam Dan BERSIH Dalam Isu Titah Adendum?
- Sindiran Raja Melayu Kepada Menteri Pelancongan, Seni & Budaya
Tambah Yahaya, ujian saringan air kencing ke atas semua suspek mendapati empat daripada mereka positif dadah jenis Amphetamine.
Semua suspek direman mulai hari ini sehingga 20 Disember untuk siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
Kes turut disiasat mengikut Seksyen 170 kanun sama, selain Seksyen 8 Akta Senjata 1960 kerana memiliki peluru hidup , Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 6 Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
Lima Geng Heri dalang kes samun kedai runcit diberkas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- RCI Pulau Batu Puteh: Jangan Kelam Kabut Ayam Sangat
- Kerajaan Mesti Jawab Pendedahan Ezam Mengenai Perintah Pembebasan Segera DS Najib
- Mungkinkah Wakil Istana Pahang Akan Beri Keterangan Di Mahkamah?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Apa Yang Cuba Di Sorokkan Oleh Pemberi Maklumat Skandal Rasuah Sabah?