Tukang sapu didenda RM80,000 sebar, jual kandungan papar kegiatan ‘swinger’

Tukang sapu didenda RM80,000 sebar, jual kandungan papar kegiatan ‘swinger’

Tukang sapu didenda RM80,000 sebar, jual kandungan papar kegiatan 'swinger'
Kamarulnazri Desa @ Yahaya didenda RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini atas empat pertuduhan sebat, jual kandungan lucah berunsurkan ‘swinger’. – BERNAMA

ALOR SETAR: Seorang tukang sapu didenda RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini atas empat pertuduhan menyebar serta menjual kandungan lucah yang memaparkan kegiatan seks secara berkumpulan dan bertukar-tukar pasangan atau ‘swinger’.

Hakim Mazdi Abdul Hamid menjatuhkan hukuman selepas Kamarulnazri Desa@Yahaya, 45, mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Dia didakwa menggunakan aplikasi X @Ayie_Noryn2016 untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi iaitu video sumbang sifatnya dengan niat menyakitkan hati orang lain pada 26 Januari dan 4 Februari lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kamarulnazri juga didakwa menggunakan aplikasi sama untuk memberikan komunikasi lucah iaitu video melalui pautan aplikasi Telegram bagi maksud komersial kepada orang lain pada 8 dan 17 Februari lalu mengikut Seksyen 233(2)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Semua kandungan telah dilihat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu di Jitra pada 20 Februari lalu antara jam 11.10 hingga 11.30 pagi.

Tertuduh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Faten Hadni Khairuddin, manakala Kamarulnazri tidak diwakili peguam.

Difahamkan tertuduh tidak dapat membayar denda dan akan menjalani hukuman penjara berjumlah dua tahun (enam bulan bagi setiap pertuduhan).

Tukang sapu didenda RM80,000 sebar, jual kandungan papar kegiatan ‘swinger’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker