Bersihkan laluan air, ‘surutkan’ banjir tindakan polis trafik terima pujian ramai
Bersihkan laluan air, ‘surutkan’ banjir tindakan polis trafik terima pujian ramai
KUALA LUMPUR: Tindakan anggota polis yang membantu membersihkan laluan air akibat banjir kilat di sekitar ibu negara petang tadi berjaya meraih pelbagai pujian daripada orang ramai.
Dalam video yang dikongsi seorang pengguna media sosial memaparkan anggota polis itu membantu membersihkan satu laluan di Jalan Tun Razak yang dinaiki air.
Anngota trafik itu membersihkan lubang saliran air yang dipenuhi pelbagai sampah termasuk plastik,daun kayu dan pasir yang menyebabkan laluan tersumbat.
” Tindakan proaktif mereka membantu melancarkan aliran trafik kembali seperti sedia kala,” kata pemilik Facebook Poji Ben Hussein, yang mengeluarkan video itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Road To Kajang Or Road To Sungai Buloh?
- Di Mana Suara Majlis Peguam Dan BERSIH Dalam Isu Titah Adendum?
- Sindiran Raja Melayu Kepada Menteri Pelancongan, Seni & Budaya
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa mengesahkan anggota daripada Balai Trafik Jalan Tun H S Lee adalah pegawai yang terbabit dalam operasi pembersihkan itu.
Katanya, bagi melancarkan trafik, anggota mengambil inisiatif sendiri membersihkan laluan berkenaan yang ditenggelami banjir berpunca akibat hujan lebat.
Bersihkan laluan air, ‘surutkan’ banjir tindakan polis trafik terima pujian ramai
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- RCI Pulau Batu Puteh: Jangan Kelam Kabut Ayam Sangat
- Kerajaan Mesti Jawab Pendedahan Ezam Mengenai Perintah Pembebasan Segera DS Najib
- Mungkinkah Wakil Istana Pahang Akan Beri Keterangan Di Mahkamah?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Apa Yang Cuba Di Sorokkan Oleh Pemberi Maklumat Skandal Rasuah Sabah?