PM Singapura umum bina Kolej Pengajian Islam, bakal lahirkan pemimpin Islam masa depan
SINGAPURA: Singapura akan membina Kolej Pengajian Islam Singapura untuk melahirkan pemimpin Islam di negara itu pada masa depan, kata Perdana Menteri Lawrence Wong.
“Saya akan umumkan butirannya kelak,” katanya dalam Bahasa Melayu pada Rapat Hari Kebangsaan 2024 (NDR 2024) sulungnya selaku Perdana Menteri hari ini.
Menurut The Straits Times (ST), idea penubuhan kolej itu ditimbulkan buat kali pertama pada 2016 oleh Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam ketika itu, Dr Yaacob Ibrahim.
Sementara itu, Wong yang juga Menteri Kewangan turut mengiktiraf sumbangan dan kerjasama pemimpin serta keseluruhan masyarakat Melayu Islam di republik itu yang menyumbang kepada kejayaan Singapura dalam pelbagai bidang.
“Ini termasuk meningkatkan pencapaian pendidikan, membanteras fahaman radikal dan keganasan, serta usaha memperbaiki kehidupan golongan yang memerlukan. Kita telah menangani isu-isu ini dengan telus dan berani,” katanya.
Selaku Perdana Menteri, Wong berkata beliau komited untuk meneruskan kerjasama yang kukuh antara kerajaan dan masyarakat, selain menghargai semua maklum balas dan pandangan yang diberikan.
Beliau turut memberi jaminan akan terus mendampingi komuniti itu ke arah mencapai visi Masyarakat Gemilang.
“Saya akan pastikan semua anggota masyarakat Melayu-Islam meraih manfaat daripada kemajuan negara kita. Saya juga akan sokong anda dalam usaha membina sebuah masyarakat Melayu Islam yang moden, lagi progresif tetapi masih mengekalkan adat resam dan cara hidup anda yang tersendiri,” katanya.
NDR diadakan sempena Hari Kebangsaan Singapura ke-59. Ia diadakan dalam tiga segmen iaitu Bahasa Melayu, Mandarin dan Bahasa Inggeris. – BERNAMA
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Gaji kumpulan pelaksana naik 15 peratus, pengurusan tertinggi 7 peratus
- 11 hari tidur atas lantai simen lokap SPRM – Zarul
- Kamu nak dakwa siapa? – Aufahanie
- Pemain bola sepak bawa senjata dipenjara 14 hari
- ‘Samseng taik kucing’ acu pistol mainan adik
- Jawatan PM Thailand kembali kepada keluarga Thaksin
- Saya bukan Papagomo – Wan Azri
- Pakar Hospital Queen Elizabeth 2, UMS, bedah otak pesakit secara sedar
- Balik umrah pakai seksi, ini kata Eyka Farhana
- Akmal bidas Teresa kerana dakwa tak hormat keputusan mahkamah
- Tumbuk pemandu OKU: LFL mahu pertuduhan jenayah bukan tindakan tatatertib
- ‘Gadis kampung’ jadi Datuk Bandar KL
- Akhirnya Nidza Afham menjadi ‘terkenal’
- Buat malu nama Malaysia saja
- Intan dipukul suami kerana tonton video lucah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Iqram Dinzly sound balik Fara Salleh, ‘play victim’ macam awak ‘angel’
Starbucks pecat CEO kerana tak bawa keuntungan