Pemain bola sepak bawa senjata dipenjara 14 hari
Pemain bola sepak bawa senjata dipenjara 14 hari
Seorang pemain bola sepak amatur dijatuhi hukuman penjara 14 hari selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menunjukkan senjata berbahaya sebilah kerambit.
Muhammad Nur Iman Shafie Mohd Sulin, 22 didakwa melakukan kesalahan itu pada 4 Ogos lalu jam 12.45 pagi di KLFA Football Center, Desa Melawati Wangsa Maju.
Dia didakwa mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda maksimum RM500 atau kedua-duanya sekali.
Ketika rayuan, Peguam Muhammad Syawal Mohd Razak yang mewakili tertuduh memohon hukuman denda paling ringan atas alasan tertuduh tidak mempunyai pendapatan tetap selain membantu ibu bapanya berniaga nasi lemak.
“Anak guam saya juga bertanggungjawab untuk menghantar ibunya ke Hospital Selayang setiap minggu untuk rawatan berkaitan penyakit batu hempedu,” katanya.
Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Ridzuan Abd Latif meminta hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat serta bakal pesalah.
“Kes ini mendapat liputan meluas oleh itu hukuman sewajarnya perlu diberikan untuk beri mesej jelas kepada masyarakat bahawa kesalahan seumpama ini diberikan hukuman setimpal oleh mahkamah,” katanya.
Hakim Norina Zainol Abidin memerintahkan pemain bola amatur itu dihukum penjara 14 hari bermula hari ini.
Sebelum itu, Muhammad Nur Iman mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan khianat dengan api iaitu membaling empat botol yang dinyalakan dengan api ke arah sebuah kelab hiburan di Jalan Yap Kwan Seng, di sini sehingga menyebabkan kerosakan pada bahagian depan kelab berkenaan.
Menurut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 9 Mei lalu bersama-sama empat lagi yang telah dituduh.
Lelaki itu didakwa di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda.
Ridzuan menawarkan jaminan sebanyak RM15,000 untuk pertuduhan itu.
Peguam Haziq Haizuddin yang mewakili Muhammad Nur Iman dalam kes ini memohon jaminan dikurangkan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin. Norina turut menetapkan 25 September depan untuk sebutan semula kes.
Sebelum ini tular seorang pemain bola sepak amatur yang mengacukan objek tajam dalam perselisihan faham ketika perlawanan di KLFA Football Centre.
Lelaki itu ditahan bersama teman wanitanya berusia 21 tahun oleh polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di sebuah rumah di Klang kira-kira jam 6.30 petang 11 Ogos lalu.
Semalam Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa mengesahkan Nur Iman adalah suspek terbabit kejadian membaling bom petrol atau molotov cocktail di pusat hiburan di ibu negara, Mei lalu.
Pengesahan itu menurut Rusdi adalah berdasarkan keterangan saksi, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan soal siasat ke atas suspek. BH
Pemain bola sepak bawa senjata dipenjara 14 hari
Baca Artikel Menarik:
- Mirzan dan Mokhzani diberi lanjutan akhir isytihar aset
- PAU 2024: Umno tak jemput pemimpin parti kerajaan perpaduan
- Lindungi premis haram, Timbalan Pengarah bersama 5 penguat kuasa PBT didakwa esok
- Anwar tak faham perdagangan – Azmin
- Paderi ditahan disyaki cabul remaja 13 tahun
- Amuk bawa pisau di stesen KTMB, lelaki ditahan
- Tutup kes rogol, pegawai penguat kuasa dicekup
- Wajib bantah keputusan KDN batal larangan komik Hew – Puad
- Mencuri bersama, kena kejar, suami lari tinggal isteri
- Bakal pengantin tertipu, dewan kosong, pelamin tak siap
- Hang Tuah kalah kes mahkamah terhadap Hang Jebat
- Bapa saudara maut ditikam anak saudara
- Zawawi akan saman Takiyuddin
- Wan Fayhsal ketagih perhatian – Fahmi
- Dakwaan anak saya seludup RM2 juta berita palsu – Guan Eng
Layari Laman Facebook MYKMU.NET