Kematian Nidza Afham diklasifikasi mati mengejut
Kematian Nidza Afham diklasifikasi mati mengejut
Polis mengklasifikasikan kes penyanyi serta Youtuber Nidza Afham Mokhtar, 23, yang mayatnya ditemui di Sungai Klang semalam, sebagai mati mengejut.
Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata tiada kecederaan fizikal dikesan sepanjang proses bedah siasat.
“Bedah siasat dijalankan pada 11 pagi sehingga 3 petang ke atas mayat Nidza Afham. Kami masih menunggu laporan siasatan makmal bagi mengenai pasti punca kematian.
Siasatan diteruskan sebagai mati mengejut, katanya dalam satu kenyataan.
Semalam, satu mayat lelaki dewasa ditemui berhampiran jambatan Sungai Klang, dengan berpakaian warna gelap bernombor 56, yang kemudiannya disahkan Nidza Afham.
Polis sebelum itu mengesahkan menerima laporan kehilangan mangsa yang keluar rumah pada 7.45 malam Rabu.
Ketua Polis Klang Selatan Cha Hoong Fong dipetik sebagai berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada adik mangsa pada 4.22 pagi, yang menyatakan abangnya ketika itu memakai baju berwarna biru hitam keluar dari rumah di Bandar Puteri, Klang, menggunakan perkhidmatan pengangkutan e-panggilan ke Stadium Sultan Suleiman, Klang, untuk berjoging. FMT
Kematian Nidza Afham diklasifikasi mati mengejut
Baca Artikel Menarik:
- Mirzan dan Mokhzani diberi lanjutan akhir isytihar aset
- PAU 2024: Umno tak jemput pemimpin parti kerajaan perpaduan
- Lindungi premis haram, Timbalan Pengarah bersama 5 penguat kuasa PBT didakwa esok
- Anwar tak faham perdagangan – Azmin
- Paderi ditahan disyaki cabul remaja 13 tahun
- Amuk bawa pisau di stesen KTMB, lelaki ditahan
- Tutup kes rogol, pegawai penguat kuasa dicekup
- Wajib bantah keputusan KDN batal larangan komik Hew – Puad
- Mencuri bersama, kena kejar, suami lari tinggal isteri
- Bakal pengantin tertipu, dewan kosong, pelamin tak siap
- Hang Tuah kalah kes mahkamah terhadap Hang Jebat
- Bapa saudara maut ditikam anak saudara
- Zawawi akan saman Takiyuddin
- Wan Fayhsal ketagih perhatian – Fahmi
- Dakwaan anak saya seludup RM2 juta berita palsu – Guan Eng
Layari Laman Facebook MYKMU.NET