Akhirnya Nidza Afham menjadi ‘terkenal’
Akhirnya Nidza Afham menjadi ‘terkenal’
“Afham pernah cakap nak jadi terkenal. Satu Malaysia kenal adik Kekfa (panggilan Efahanie) sekarang, tapi bukan begini Am (panggilan Afham), bukan begini. Allah.”
Demikian luah kakak kepada penyanyi Nidza Afham, iaitu Efahanie di aplikasi X selepas polis mengesahkan mayat yang ditemui di Sungai Klang kira-kira jam 7 malam semalam adalah adiknya.
Kenyataan adiknya yang juga bekas peserta program I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) musim ketiga sudah tiada selepas dilaporkan hilang sejak kelmarin cukup memberi kesan buatnya dan keluarga.
Efahanie mengaku, dia tidak menyangka pada akhirnya Nidza Afham dikenali bukan dengan mencipta nama sebagai penyanyi, namun selepas kisah kehilangannya tular.
Menerusi entri berbeza, Efahanie berkongsi, seluruh ahli keluarga giat mencarinya selepas menyedari bahawa adiknya sudah hilang sebaik keluar berjogging pada malam kelmarin.
“Semalam, waktu begini kita sudah di luar aktif mencari semua tempat, moga dapat jumpa Am semula. Sampai petang Kekfa ada di sungai, rasa seperti tak ada hala tuju.
“Kami doa agar Allah tunjukkan di mana Am berada. Mulut Kekfa kata reda kalau Am sudah tak ada. Sekarang reda itu berat Am.
“Kekfa masih semangat nak keluar pagi ini sambung cari Am lagi. Kekfa masih harap semua ini tak jadi. Di mana lagi Kekfa perlu cari Am. Bukan begini, kan,” tulis Efahanie di aplikasi X.
Sementara itu, Efahanie memaklumkan, jenazah Allahyarham Nidza Afham akan dibawa ke Masjid Puncak Alam untuk diurus dan disolatkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cherakah.
Semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilapor, mengesahkan satu mayat lelaki dewasa yang ditemukan di Sungai Klang kira-kira jam 7 malam semalam adalah Nidza Afham atau nama lengkap, Nidza Afham Mokhtar, 23.
Mayat kemudian dibawa ke Unit Perubatan Forensik, Hospital Shah Alam untuk dibedah siasat.
Sebelum ini, media melaporkan, Nidza Afham dipercayai keluar berjogging di Stadium Sultan Suleiman, Klang seorang diri sebelum kehilangannya disedari pada jam 9 malam, kelmarin.
Adiknya, Afrina Hanie mendakwa kehilangan abangnya berkaitan dengan kes samun susulan kehilangan kad debit dan wang tunai, manakala kad pengenalan, kad pelajar dan gambar disimpan dalam dompet tidak terusik ketika ditemui di atas Jambatan Sungai Klang. BH
Akhirnya Nidza Afham menjadi ‘terkenal’
Baca Artikel Menarik:
- Mirzan dan Mokhzani diberi lanjutan akhir isytihar aset
- PAU 2024: Umno tak jemput pemimpin parti kerajaan perpaduan
- Lindungi premis haram, Timbalan Pengarah bersama 5 penguat kuasa PBT didakwa esok
- Anwar tak faham perdagangan – Azmin
- Paderi ditahan disyaki cabul remaja 13 tahun
- Amuk bawa pisau di stesen KTMB, lelaki ditahan
- Tutup kes rogol, pegawai penguat kuasa dicekup
- Wajib bantah keputusan KDN batal larangan komik Hew – Puad
- Mencuri bersama, kena kejar, suami lari tinggal isteri
- Bakal pengantin tertipu, dewan kosong, pelamin tak siap
- Hang Tuah kalah kes mahkamah terhadap Hang Jebat
- Bapa saudara maut ditikam anak saudara
- Zawawi akan saman Takiyuddin
- Wan Fayhsal ketagih perhatian – Fahmi
- Dakwaan anak saya seludup RM2 juta berita palsu – Guan Eng
Layari Laman Facebook MYKMU.NET