‘Masjid dalam kebun’ jana pendapatan
‘Masjid dalam kebun’ jana pendapatan
GERIK: Masjid Jamek Pengkalan Hulu di sini menampilkan konsep berbeza apabila pekarangan masjid itu dijadikan kebun buah-buahan dan sayuran, sekali gus mengorak langkah baharu dalam usaha menggalakkan pertanian untuk memenuhi hasrat ke arah keterjaminan makanan, selain menjana pendapatan kepada masjid.
Kawasan masjid berkeluasan kira-kira 1.5 hektar itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh ahli jawatankuasa kariahnya dengan menghasilkan pelbagai tanaman sayur termasuk tanaman fertigasi cili, terung, sayuran hidroponik, selain buah-buahan seperti anggur, jambu madu, nangka, dan mangga.
Setiausaha masjid, Sirat Abdullah, 63, berkata sejak 2018 pihak masjid sentiasa mempergiatkan aktiviti pertanian serta mengetengahkan agenda penghijauan dan terkini, membina ‘r umah cacing’ iaitu tapak uraian bagi baja organik atau vermikompos atau baja tahi cacing.
Pesara guru itu berkata, semua hasil pertanian dan juga baja vermikompos dibuat itu mendatangkan hasil apabila ia dijual, selain ada yang diproses bagi dijadikan produk hiliran seperti sos cili. Semua itu menjanakan pendapatan dan dimanfaatkan masjid serta jemaahnya.
Katanya, idea penanaman sayur khususnya, cili pada mulanya bertujuan bagi menghijaukan persekitaran rumah ibadat itu. Kemudian, berbekalkan pengalaman seorang daripada ahli jawatankuasa masjid yang mengusahakan tanaman cili secara komersial, idea itu dikembangkan.
Inisiatif kewangan sendiri
Menurut Sirat, konsep ‘Masjid dalam Kebun’ dipraktikkan sehingga kini dan pada mula semuanya dilakukan pihak masjid dengan inisiatif kewangan sendiri.
“Apabila ia mula menunjukkan hasil, Jabatan Pertanian tampil beri bantuan untuk menyemarakkan lagi aktiviti ini antaranya melalui pemberian set hidroponik baja, hamparan ‘weedmat’, dan racun tanaman bagi sayuran hijau.
“Selain menjana ekonomi masjid, pertanian bandar ini mendidik komuniti serta pengunjung bahawa masjid bukan sahaja berperanan sebagai pusat ibadat tetapi juga meningkatkan pendidikan, ekonomi dan sosial masyarakat.
“Selain galakan serta bimbingan Jabatan Pertanian, pihak masjid turut endapatkan khidmat nasihat serta perbincangan daripada komuniti setempat yang turut mengusahakan sendiri tanaman di lokasi lain, terutamanya jika timbul masalah atau isu seperti tanaman diserang penyakit dan sebagainya,” katanya.
Inisiatif gigih menjayakan konsep ‘Masjid dalam Kebun’ dan membolehkan menjana dana bagi kegunaan operasi masjid turut melayakkan Masjid Jamek engkalan Hulu menerima Anugerah Khas Ar Ridzuan yang disampaikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah 1444H Peringkat Perak pada 2022.
Agenda keterjaminan atau sekuriti makanan adalah satu daripada ‘flagship’ di bawah pelan pembangunan Perak Sejahtera 2030 cetusan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad iaitu Lembah Bakul Makanan Malaysia, selain pelan sama turut menggariskan agenda 1 Daerah 1 Aktiviti Ekonomi dengan Jabatan Pertanian sebagai penerajunya. BH
‘Masjid dalam kebun’ jana pendapatan
Baca Artikel Menarik:
- Hafidz, Shuhada diminta berhenti meroyan
- Suara mengilai atas bumbung masjid
- Russia serang New York, 60 maut
- Naik Vellfire curi bungkusan atas pagar rumah
- Jay Jay yang lumpuh separuh badan kini semakin pulih
- Honda City langgar kereta peronda, 2 anggota polis cedera
- Pemandu maut Lamborghini terbabas, terbakar
- Sanusi mahu polis siasat kenyataan ‘Tokong’ oleh Tunku Ismail
- Polis siasat akaun media sosial tuduh TMJ terlibat rasuah
- Umno talian hayat PAS jadi kerajaan
- Seberang sungai dengan kereta kebal, lima askar temui ajal
- Anwar ‘betulkan’ Rafizi, subsidi petrol RON95 belum ada keputusan
- Kalau Aliff Aziz, minta maaf – Sophia Albarakbah
- Seks tanpa rela dengan 2 wanita Mongolia, bekas polis diarah bayar RM820k
- Bila TMJ pertikai pusingan U MFL, Sanusi tampil sokong Selangor FC
Layari Laman Facebook MYKMU.NET