PAS tidak akan sertai kerajaan Perak baharu

PAS mengumumkan ia tidak akan menyertai kerajaan negeri Perak yang baharu, selepas pentadbiran Ahmad Faizal Azumu tumbang setelah kalah undi percaya yang dibawa parti sekutu, UMNO.

“Meski pun demikian, PAS akan terus berperanan sebagaimana biasa dalam masyarakat di peringkat negeri mahupun nasional,” kata Setiausaha Agung, Takiyuddin Hassan dalam kenyataan.

Sebelum ini PAS Perak mengakui mereka tidak menjangkakan majoriti Adun dalam DUN Perak akan mengundi menolak usul percaya ke atas Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu hari ini.

Pesuruhjayanya Razman Zakaria juga berkata mereka tidak tahu siapa yang membuat perancangan bagi menggantikan menteri besar di negeri berkenaan.

“Siapa punya perancangan nak jadi menteri besar, kita pun tak tahu.

“Jadi kita tunggu arahan daripada pucuk pimpinan, di mana kedudukan PAS dalam suasana politik di Perak ini,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu, mencipta rekod sebagai pemimpin pertama yang tersingkir menerusi usul percaya apabila hilang sokongan majoriti wakil rakyat, termasuk Adun UMNO dalam kerajaan pimpinannya.

Mungkin lebih menakjubkan ialah Faizal sendiri berkata beliau sudah menjangka akan tewas dalam undian di Dewan Undangan Negeri hari ini, walaupun kerajaan negeri pimpinan Perikatan Nasional mempunyai majoriti selesa.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker