Asal Najib tak boleh, asal Guan Eng semua boleh.
Ini yang dikatakan ahli parlimen DAP yang tak bijak.
Hari ini, saya minta tangguh kes mahkamah sehari (untuk esok) kerana saya pengarah pilihanraya BN untuk PRK Chini dan hari mengundi cuma 3 hari lagi.
Tapi DAP kecoh.
Boss dia Guan Eng tangguh kes mahkamah rasuahnya lebih sebulan atas sebab nak bersedia untuk Pilihanraya, boleh pulak.
Najib tangguh sehari tak boleh. Guan Eng tangguh lebih sebulan, boleh pulak.
Posting ahli parlimen DAP:
https://www.facebook.com/567442758/posts/10157545929687759/
Selepas PH menang PRU14, Guan Eng minta tangguh lagi sehingga bulan September di mana kesnya digugurkan setelah Pejabat Peguam Negara (masa itu peguam Guan Eng, Tommy dah jadi Peguam Negara) tarik balik tuduhan.
https://www.nst.com.my/news/crime-courts/2018/04/355034/guan-engs-trial-postponed-till-after-ge14-nsttv
Dari FB Najib Razak.