Wanita diserang ketika bersiaran langsung dalam kereta, 3 individu ditahan

Wanita diserang ketika bersiaran langsung dalam kereta, 3 individu ditahan

Wanita diserang ketika bersiaran langsung dalam kereta, 3 individu ditahan
Rakaman video seorang wanita yang sedang membuat siaran langsung menerusi platform media sosial di dalam kereta diserang serta dipukul oleh seorang wanita lain. – Tangkap layar video tular

SUNGAI PETANI: Polis menahan tiga individu bagi membantu siasatan kes seorang wanita diserang ketika sedang membuat siaran langsung melalui media sosial dalam kereta mangsa di Bandar Laguna Merbok, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan, berkata wanita itu dikatakan diserang individu yang menaiki sebuah kenderaan jenis Toyota Vellfire sekitar jam 5.02 petang di hadapan sebuah rumah.

“Terdahulu dalam kejadian itu, sebuah kenderaan dinaiki empat individu dikatakan menghampiri mangsa yang berada di dalam kereta.

“Seorang daripada individu itu kemudian didakwa memukul muka, kepala dan badan mangsa sehingga menyebabkan kecederaan.

“Susulan itu, polis menahan seorang lelaki berumur 30 tahun dan seorang wanita berusia 29 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 serta Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perkukuh Akar Umbi, Fokus Penyatuan Demi Masa Hadapan UMNO – Suhaimi Nasir


Selain itu, Hanyan berkata, mangsa wanita berusia 28 tahun turut ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, kesemua mereka ditahan di sekitar daerah ini, tengah malam tadi.

Rakaman video berhubung kejadian itu tular dalam media sosial sejak semalam yang memaparkan seorang wanita sedang membuat siaran langsung melalui platform media sosial di dalam kereta, diserang dan dipukul oleh seorang wanita lain.

Wanita diserang ketika bersiaran langsung dalam kereta, 3 individu ditahan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Konsep Melaka Sayang Rakyat Semakin Diterima Ramai – Ab Rauf

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker