Tertekan pedal minyak punca pelajar maut dilanggar di hadapan surau – Polis
Tertekan pedal minyak punca pelajar maut dilanggar di hadapan surau – Polis

KOTA BHARU: Tertekan pedal minyak kenderaan lalu terbabas dipercayai punca pelajar perempuan Tingkatan Satu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Mas maut dilanggar dalam kejadian tengah hari tadi.
Dalam kejadian 1.50 tengah hari itu, mangsa, Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, 13, maut di lokasi kejadian manakala seorang lagi yang turut dirempuh, cedera dan kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab Kota Bharu (HRPZ II).
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri, berkata kejadian berkenaan membabitkan sebuah kereta yang dipandu seorang wanita dan mangsa membabitkan dua pelajar.

“Siasatan awal yang dijalankan, kemalangan berlaku lebih kurang 1.50 tengah hari ketika pemandu kereta sedang memandu di dalam kawasan sekolah terbabit.
“Apabila sampai di lokasi kejadian, pemandu kereta terbabit dipercayai tertekan pedal minyak lalu terbabas sehingga terlanggar dua orang pelajar yang ketika itu sedang memakai kasut sekolah di hadapan surau serta melanggar tiang batu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO 80 Tahun: Peranan Besar Bentuk Sejarah, Kemerdekaan Tanah Air
- Pemuda UMNO Kuala Kangsar Susun Strategi, Perkasa Akar Umbi – Mohamad Arif
- UMNO 80 Tahun: Perkukuhkan Kesepakatan Dengan Perubahan Menyeluruh – Wan Mohalina
Perkukuh Akar Umbi, Fokus Penyatuan Demi Masa Hadapan UMNO – Suhaimi Nasir
“Akibat perlanggaran itu, seorang pelajar mengalami cedera parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian serta dibawa ke Unit Forensik HPUSM Kubang Kerian untuk bedah siasat.
Seorang pelajar lagi mengalami cedera parah dan sedang menerima rawatan di Zon Merah HRPZ II,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, katanya, pemandu kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Siasatan berkaitan kemalangan ini dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Polis meminta orang ramai yang melihat kejadian kemalangan ini tampil hadir untuk membantu siasatan,” katanya.
Tertekan pedal minyak punca pelajar maut dilanggar di hadapan surau – Polis
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keunikan Kopi Tenggek Jadi Tarikan Pelancong Ke Johor
- Menjelang Sambutan Ke-80: Wanita UMNO Gabung Elemen Dakwah Dan Kepimpinan
- Ahmad Zahid Terus Santuni Rakyat, Hadiri Beberapa Rumah Terbuka Syawal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Konsep Melaka Sayang Rakyat Semakin Diterima Ramai – Ab Rauf
You must be logged in to post a comment.