Spurs terus parah, kekal di ambang penyingkiran

Spurs terus parah, kekal di ambang penyingkiran

Spurs terus parah, kekal di ambang penyingkiran
ANTARA aksi Spus bertemu Sunderland. FOTO REUTERS

London: Kemelut Tottenham Hotspur dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) semakin meruncing selepas tewas 0-1 kepada Sunderla

nd, hari ini, dalam perlawanan pertama Roberto De Zerbi sebagai pengendali.

Spurs membawa masuk bekas pengendali Brighton & Hove Albion dan Marseille itu hujung bulan lalu dalam usaha terdesak untuk menyelamatkan mereka daripada penyingkiran yang boleh dianggap bencana.

Namun jurulatih dari Itali itu gagal memberi impak dalam perlawanan sukar di Sunderland dan pasukannya kekal di zon penyingkiran.

Tottenham, yang kini di bawah pengurus ketiga musim ini, masih belum mencatat kemenangan di Liga Perdana sejak penghujung Disember, seklai gus berdepan mimpi ngeri risiko tersingkir buat kali pertama dari liga utama England sejak 1977.

Pasukan pelawat tampak cemerlang pada awal permainan dan dihadiahkan sepakan penalti sebelum keputusan itu dibatalkan oleh Video Bantuan Pengadil (VAR).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perkukuh Akar Umbi, Fokus Penyatuan Demi Masa Hadapan UMNO – Suhaimi Nasir


Skuad De Zerbi turut diselamatkan penjaga gol Antonin Kinsky yang pantas menafikan percubaan jarak dekat Brian Brobbey sebelum rehat, manakala Robin Roefs pula menafikan peluang Dominic Solanke.

Sunderland mendahului pada minit ke-60 menerusi jaringan Nordi Mukiele.

De Zerbi membuat tiga pertukaran dengan memasukkan Joao Palhinha, Pape Matar Sarr dan Mathys Tel, namun kehilangan kapten, Cristian Romero akibat kecederaan.

Spurs terus menekan untuk gol penyamaan di penghujung permainan tetapi Roefs menepis keluar percubaan deras Pedro Porro pada masa kecederaan untuk memastikan kemenangan memihak Sunderland.

Tottenham, yang berpisah dengan pengendali sementara, Igor Tudor hujung bulan lalu, kini dua mata di belakang pasukan di tangga ke-17, West Ham United dan masih berbaki enam perlawanan untuk menyelamatkan diri daripada penyingkiran yang hampir sukar dipercayai.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tindakan Majlis Peguam Cabar Keputusan DNAA Ahmad Zahid Bersikap ‘Double Standard’


Menurut ranking terkini Deloitte, Spurs adalah kelab kesembilan terkaya di dunia, sekali gus menunjukkan betapa luar biasanya situasi mereka sekarang.

Dalam perkembangan lain, pencabar penyingkiran Nottingham Forest seri 1-1 dengan Aston Villa di City Ground dan kekal satu mata di atas West Ham.

Skuad kendalian Unai Emery mendahului hasil gol sendiri Murillo sebelum Forest menyamakan kedudukan menerusi jaringan kemas Neco Williams dari luar kotak penalti.

Jean-Philippe Mateta menjaringkan dua gol termasuk penalti masa kecederaan ketika Crystal Palace bangkit menewaskan Newcastle United 2-1 di Selhurst Park.

Spurs terus parah, kekal di ambang penyingkiran


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Konsep Melaka Sayang Rakyat Semakin Diterima Ramai – Ab Rauf

 

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker