Skuad Jang sekadar seri dengan Brunei
Skuad Jang sekadar seri dengan Brunei

Seremban : Hasrat Negeri Sembilan FC (NSFC) untuk melakar kemenangan ketujuh musim ini tidak kesampaian apabila sekadar seri dengan Brunei DPMM FC, 2-2, dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, sebentar tadi.
Meskipun berjaya mendahului lawan terlebih dulu, namun belum cukup untuk menafikan tentangan pelawat yang mempamerkan persembahan agresif.
Kedua-dua dilihat saling melakukan serangan di kawasan kubu lawan masing-masing, namun kedua-dua pasukan gagal menjaringkan gol dalam tempoh 30 minit pertama perlawanan.
Bagaimanapun Negeri Sembilan mendapatkan gol pertama berhasil menerusi serangan balas dari sebelah kanan.
Bola lorongan A Selvan dimanfaatkan Takumi Sasaki yang tidak dikawal untuk menyudahkan hantaran berkenaan ke dalam jaring Brunei sekali gus menewaskan penjaga gol pelawat, Muhammad Haimie Abdullah Nyaring untuk gol pertama tuan rumah pada minit ke-31.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO 80 Tahun: Peranan Besar Bentuk Sejarah, Kemerdekaan Tanah Air
- Pemuda UMNO Kuala Kangsar Susun Strategi, Perkasa Akar Umbi – Mohamad Arif
- UMNO 80 Tahun: Perkukuhkan Kesepakatan Dengan Perubahan Menyeluruh – Wan Mohalina
Perkukuh Akar Umbi, Fokus Penyatuan Demi Masa Hadapan UMNO – Suhaimi Nasir
Jaringan itu terus membakar semangat pemain skuad Hobin Jang Hobin apabila mereka dilihat meningkatkan intensiti permainan dengan beberapa percubaan susulan dalam kawasan gol lawan.
Pada minit ke-38, pemain pertahanan Kei Oshiro berpeluang mencatat nama sebagai penjaring, bagaimanapun bola tandukannya daripada hasil sepakan bola mati diambil Wai Lin Aun jarak kira-kira 25 meter sedikit tersasar.
Brunei yang berhasrat untuk merapatkan jurang sebelum tamat separuh masa pertama hampir berjaya, namun tandukan Syafiq Ahmad yang menerima bola hantaran lintang Ibrahim Sulley pada minit ke-45, gagal menewaskan penjaga gol Negeri Sembilan, Muhammad Azri Ghani.
Bagaimanapun, mereka tidak menunggu lama untuk mendapatkan gol penyamaan sebaik separuh masa kedua bermula, apabila Okechukwu Christian Irobiso berjaya memanfaatkan bola hantaran Muhammad Azwan Ali Rahman dengan menanduk masuk pada minit ke-48.
Anak buah Mcallister James Reynolds kemudian melebarkan jurang jaringan itu apabila gerakan satu dua antara Muhammad Hakeme Yazid Said dengan Okechukwu berjaya memperdayakan bahagian pertahanan Negeri Sembilan dan Muhammad Hakeme mudah meletakkan bola ke dalam gawang Negeri Sembilan pada minit ke-61.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rakyat, Orang Muda Ambil Iktibar ‘Zaman Kegelapan’ Negara Ketika Ditadbir PN
- UMNO Ke-80: Terus Melangkah Depani Cabaran Realiti
- Tengku Azman Dedah Taktik ‘Rage Baiter’, Seru Politik Berasas Fakta
Tindakan Majlis Peguam Cabar Keputusan DNAA Ahmad Zahid Bersikap ‘Double Standard’
Joseph Esso kemudian menjaringkan gol kedua dan penyamaan Negeri Sembilan pada minit ke-72, selepas dia menyudahkan hantaran Yuichi Hirano.
Kesungguhan anak buah K Rajan untuk menambah jaringan pada penghujung babak ternyata gagal meskipun melakukan beberapa percubaan tepat ke kawasan gawang gol Brunei sekali gus menyaksikankedudukan 2-2 itu kekal sehingga ke wisel penamat.
Skuad Jang sekadar seri dengan Brunei
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keunikan Kopi Tenggek Jadi Tarikan Pelancong Ke Johor
- Menjelang Sambutan Ke-80: Wanita UMNO Gabung Elemen Dakwah Dan Kepimpinan
- Ahmad Zahid Terus Santuni Rakyat, Hadiri Beberapa Rumah Terbuka Syawal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Konsep Melaka Sayang Rakyat Semakin Diterima Ramai – Ab Rauf
You must be logged in to post a comment.