Skandal urus niaga saham RM300 juta: Bekas CEO badan berkanun, pengerusi syarikat disambung reman 5 hari
Skandal urus niaga saham RM300 juta: Bekas CEO badan berkanun, pengerusi syarikat disambung reman 5 hari

KUALA LUMPUR: Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah badan berkanun kerajaan bersama seorang pengerusi syarikat disambung reman selama lima hari bagi membantu siasatan kes urus niaga penjualan saham kepada sebuah badan berkanun.
Perintah reman hingga 16 April itu dikeluarkan Majistret Ainul Izzati Mohd Jamili di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.
Ia susulan permohonan dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebaik saja tempoh asal reman ke atas mereka, tamat hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan kedua-dua suspek direman selama empat hari sejak Khamis lalu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO 80 Tahun: Peranan Besar Bentuk Sejarah, Kemerdekaan Tanah Air
- Pemuda UMNO Kuala Kangsar Susun Strategi, Perkasa Akar Umbi – Mohamad Arif
- UMNO 80 Tahun: Perkukuhkan Kesepakatan Dengan Perubahan Menyeluruh – Wan Mohalina
Perkukuh Akar Umbi, Fokus Penyatuan Demi Masa Hadapan UMNO – Suhaimi Nasir
Kedua-dua lelaki dalam lingkungan usia 40 dan 50-an itu ditahan kira-kira jam 6 petang Rabu lalu ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.
Hasil siasatan awal SPRM mendapati kedua-dua suspek disyaki bersubahat bersama beberapa ahli lembaga pengarah serta pemegang saham sebuah syarikat dalam urus niaga penjualan saham kepada badan berkanun itu.
Selain itu, urus niaga berkenaan juga dipercayai membabitkan penilaian harga tidak munasabah sehingga menyebabkan kerugian terhadap dana awam dianggarkan lebih RM300 juta.
Sementara itu Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin, ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rakyat, Orang Muda Ambil Iktibar ‘Zaman Kegelapan’ Negara Ketika Ditadbir PN
- UMNO Ke-80: Terus Melangkah Depani Cabaran Realiti
- Tengku Azman Dedah Taktik ‘Rage Baiter’, Seru Politik Berasas Fakta
Tindakan Majlis Peguam Cabar Keputusan DNAA Ahmad Zahid Bersikap ‘Double Standard’
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.
Kes turut disiasat berkaitan kesalahan pecah amanah jenayah dan kesalahan jenayah lain yang berkaitan, khususnya bawah kesalahan aktiviti pengubahan wang haram.
Skandal urus niaga saham RM300 juta: Bekas CEO badan berkanun, pengerusi syarikat disambung reman 5 hari
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keunikan Kopi Tenggek Jadi Tarikan Pelancong Ke Johor
- Menjelang Sambutan Ke-80: Wanita UMNO Gabung Elemen Dakwah Dan Kepimpinan
- Ahmad Zahid Terus Santuni Rakyat, Hadiri Beberapa Rumah Terbuka Syawal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Konsep Melaka Sayang Rakyat Semakin Diterima Ramai – Ab Rauf
You must be logged in to post a comment.