Seorang maut, empat cedera dalam nahas lima kenderaan di Lahad Datu

Seorang maut, empat cedera dalam nahas lima kenderaan di Lahad Datu

Seorang maut, empat cedera dalam nahas lima kenderaan di Lahad Datu
Keadaan kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di Batu 8, Jalan Silam, Lahad Datu, petang tadi. – Foto ihsan pembaca

LAHAD DATU: Seorang wanita terbunuh manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Batu 8, Jalan Silam, di sini, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.55 petang sebelum sepasukan 11 anggota bersama tiga jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

Katanya, kemalangan membabitkan sebuah lori, jentera pengorek, kereta Perodua Alza dan Proton Saga FLX serta sebuah motosikal.

“Sebaik tiba pada jam 5.16 petang, pasukan mendapati kemalangan membabitkan kenderaan dari dua arah bertentangan, manakala jentera pengorek berada di kawasan pembinaan projek Pan Borneo.

Katanya, tiga lelaki yang menaiki Perodua Alza serta pemandu jentera pengorek dilaporkan selamat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perkukuh Akar Umbi, Fokus Penyatuan Demi Masa Hadapan UMNO – Suhaimi Nasir


“Pemandu lori dan penunggang motosikal turut dibawa ke hospital lebih awal oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

“Operasi tertumpu kepada penstabilan mangsa dan kenderaan serta memastikan keadaan selamat di lokasi dengan kerjasama polis dan KKM sebelum ditamatkan pada jam 6.29 petang,” katanya.

“Proton Saga FLX dinaiki enam mangsa, namun empat daripadanya termasuk seorang lelaki dewasa dan tiga kanak-kanak sudah dihantar ke hospital sebelum ketibaan pasukan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sumsoa berkata dua lagi mangsa wanita dewasa ditemui di lokasi, dengan seorang disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), manakala seorang lagi cedera.

Katanya, tiga lelaki yang menaiki Perodua Alza serta pemandu jentera pengorek dilaporkan selamat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tindakan Majlis Peguam Cabar Keputusan DNAA Ahmad Zahid Bersikap ‘Double Standard’


“Pemandu lori dan penunggang motosikal turut dibawa ke hospital lebih awal oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

“Operasi tertumpu kepada penstabilan mangsa dan kenderaan serta memastikan keadaan selamat di lokasi dengan kerjasama polis dan KKM sebelum ditamatkan pada jam 6.29 petang,” katanya.

Seorang maut, empat cedera dalam nahas lima kenderaan di Lahad Datu

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Konsep Melaka Sayang Rakyat Semakin Diterima Ramai – Ab Rauf

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker