Pelajar maut nahas pulang beraya

Pelajar maut nahas pulang beraya

Pelajar maut nahas pulang beraya
Pegawai Penyiasat melakukan siasatan di tempat kejadian kemalangan maut di Jalan Kampung Paku, Lendu, malam tadi. – Foto ihsan JSPT Melaka

ALOR GAJAH: Kegembiraan seorang penuntut kolej menghadiri majlis rumah terbuka pensyarahnya berakhir tragedi apabila maut dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Kampung Paku, Lendu, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 8.15 malam itu, mangsa, Mohammad Adam Muqris Mohd Fairus,19, yang juga pelajar Semester 2, Sijil Landskap di Kolej Komuniti Masjid Tanah (KKMT) sedang dalam perjalanan pulang ke rumah sewanya dengan menunggang motosikal jenis SYM 185.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka, Superintendan Muhammad Zaki Ramat berkata, mangsa dipercayai bergerak dari arah Alor Gajah menghala ke Masjid Tanah, manakala kereta Proton Wira dipandu lelaki berusia 45 tahun datang dari arah bertentangan.

“Siasatan awal mendapati, setibanya di lokasi kejadian iaitu jalan satu lorong dua hala dan berselekoh, mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum motosikal yang ditunggangnya terseret ke laluan bertentangan.

“Pada masa sama, sebuah kereta yang datang dari arah hadapan dipercayai tidak sempat mengelak lalu melanggar motosikal berkenaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perkukuh Akar Umbi, Fokus Penyatuan Demi Masa Hadapan UMNO – Suhaimi Nasir


“Akibat kemalangan itu, mangsa parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan.

Muhammad Zaki berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan kenderaan yang terbabit ditahan bagi tujuan pemeriksaan lanjut di PUSPAKOM.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nurul Salina Rosli di talian 011-25435507 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sementara itu, KKMT dalam hantaran di Facebook rasminya menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga arwah merangkap Exco Promosi dan Data, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar.

.”..pengarah dan seluruh warga KKMT mengucapkan salam takziah kepada keluarga almarhum.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tindakan Majlis Peguam Cabar Keputusan DNAA Ahmad Zahid Bersikap ‘Double Standard’


“Semoga roh saudara Mohammad Adam Muqris dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman,” katanya.

Pelajar maut nahas pulang beraya


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Konsep Melaka Sayang Rakyat Semakin Diterima Ramai – Ab Rauf

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker