Nahas 6 kenderaan di LDP, penunggang motosikal parah

Nahas 6 kenderaan di LDP, penunggang motosikal parah

Nahas 6 kenderaan di LDP, penunggang motosikal parah

KUALA LUMPUR: Penunggang motosikal parah dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di Kilometer 5.4 Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) menghala ke Kepong, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata kejadian yang tular tengah hari tadi, sebenarnya berlaku jam 8.43 pagi semalam berpunca sebuah kenderaan yang secara tiba-tiba mengubah haluan ke lorong kanan.

“Pemandu berkenaan berbuat demikian bagi mengelak terlanggar sebuah kenderaan di hadapannya yang berhenti secara mengejut.

“Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal terbabit cedera dan kini dirawat di Hospital Sungai Buloh,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kertas siasatan dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perkukuh Akar Umbi, Fokus Penyatuan Demi Masa Hadapan UMNO – Suhaimi Nasir


Dalam pada itu, Shamsudin turut memberi peringatan kepada semua pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi undang-undang lalu lintas bagi mengelak kemalangan.

Beliau menegaskan bahawa pihak polis tidak akan berkompromi dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar peraturan jalan raya.

Pihak polis memohon kerjasama daripada orang ramai atau saksi yang melihat kejadian tersebut agar tampil membantu siasatan.

“Saksi juga boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Abdul Haris Nasution di talian 018-3631786 atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222,” katanya.

Nahas 6 kenderaan di LDP, penunggang motosikal parah

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker