Menjelang Sambutan Ke-80: Wanita UMNO Gabung Elemen Dakwah Dan Kepimpinan

Menjelang Sambutan Ke-80: Wanita UMNO Gabung Elemen Dakwah Dan Kepimpinan

Menjelang Sambutan Ke-80: Wanita UMNO Gabung Elemen Dakwah Dan Kepimpinan

KUALA LUMPUR, 12 April – Setiausaha Wanita UMNO, Datuk Rosni Sohar berkata pelbagai pengisian bermakna dirangka sempena sambutan ulang tahun ke-80 UMNO, termasuk penganjuran pertandingan nasyid dan forum pemerkasaan wanita.

Menurutnya, pertandingan nasyid tersebut bukan sekadar hiburan, sebaliknya menjadi medium dakwah yang dekat di hati golongan wanita UMNO sejak dahulu hingga kini.

“Wanita UMNO mengambil peluang untuk pengisian pada sambutan ulang tahun UMNO ke-80 dan akan mengadakan pertandingan nasyid. Kita berdakwah dalam lagu dan sememangnya wanita UMNO minat perkara ini dari dulu sehingga sekarang.

“Sebanyak 13 buah negeri akan menghantar wakil masing-masing dalam pertandingan ini. Ia akan berlangsung di pentas terbuka di hadapan pelantar utama aras dua World Trade Centre (WTC). Kami menjemput orang ramai untuk hadir, mendengar serta menghayati nasyid yang dipertandingkan,” katanya kepada UMNO Online.

Rosni yang juga Senator Dewan Negara menambah, Wanita UMNO turut menganjurkan program ‘Voices of HER’ yang menghimpunkan usahawan, ahli akademik serta pembuat dasar wanita sebagai platform perkongsian dan inspirasi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perkukuh Akar Umbi, Fokus Penyatuan Demi Masa Hadapan UMNO – Suhaimi Nasir


“Melalui ‘Voices of HER’, kita menjemput para usahawan wanita, akademik serta pembuat-pembuat polisi wanita. Kita mahu mereka ini menjadi contoh, ikon dan sumber dorongan kepada wanita di seluruh negara, khususnya wanita UMNO.

“Inisiatif tersebut mencerminkan komitmen berterusan Wanita UMNO dalam memperkasa peranan wanita melalui pendekatan holistik yang merangkumi aspek kerohanian, kepimpinan dan pembangunan ekonomi,” ujarnya.

Beliau juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Hulu Selangor menjelaskan sambutan kali ini bukan sekadar acara peringatan sejarah, malah menjadi platform penting untuk memperkukuh peranan wanita dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, ekonomi dan pembangunan masyarakat. – UMNO Online

Menjelang Sambutan Ke-80: Wanita UMNO Gabung Elemen Dakwah Dan Kepimpinan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tindakan Majlis Peguam Cabar Keputusan DNAA Ahmad Zahid Bersikap ‘Double Standard’

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker