Keunikan Kopi Tenggek Jadi Tarikan Pelancong Ke Johor
Keunikan Kopi Tenggek Jadi Tarikan Pelancong Ke Johor

KUALA LUMPUR, 12 April – Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi meluangkan masa singgah bersarapan di kopi tenggek di Tanjung Piai yang kini semakin mendapat perhatian sebagai antara tarikan tempatan di kawasan berkenaan.
Beliau yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri berkata, ia mempunyai keunikan tersendiri apabila melalui kaedah penyediaan kopi menggunakan penapis khas yang “ditenggek”, sekali gus menghasilkan rasa lebih pekat dan beraroma.
“Syukur alhamdulillah, saya berkesempatan singgah bersarapan di kopi tenggek, Tanjung Piai yang terletak berhampiran Taman Negara Tanjung Piai.
“Ia semakin mendapat perhatian sebagai antara tarikan tempatan di kawasan ini sejak mula dikenali sekitar tahun 2017.
“Hidangan seperti keropok lekor dan roti bakar pula melengkapkan pengalaman sarapan yang ringkas tetapi cukup memuaskan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO 80 Tahun: Peranan Besar Bentuk Sejarah, Kemerdekaan Tanah Air
- Pemuda UMNO Kuala Kangsar Susun Strategi, Perkasa Akar Umbi – Mohamad Arif
- UMNO 80 Tahun: Perkukuhkan Kesepakatan Dengan Perubahan Menyeluruh – Wan Mohalina
Perkukuh Akar Umbi, Fokus Penyatuan Demi Masa Hadapan UMNO – Suhaimi Nasir
Lebih menarik kata beliau lokasi seperti ini mencerminkan kekuatan sebenar komuniti setempat yang berkonsepkan sederhana, asli dan dekat dengan identiti Johor.
Katanya ia bukan sahaja menjadi tempat makan, tetapi ruang yang menghidupkan suasana kampung dan budaya setempat.
“Sempena Tahun Melawat Johor 2026, lokasi seperti ini wajar diketengahkan sebagai sebahagian daripada pengalaman pelancongan negeri.
“Semoga usaha ini dapat terus menarik kehadiran pengunjung dan menyokong ekonomi tempatan, insya-Allah,” katanya. – UMNO Online
Keunikan Kopi Tenggek Jadi Tarikan Pelancong Ke Johor
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rakyat, Orang Muda Ambil Iktibar ‘Zaman Kegelapan’ Negara Ketika Ditadbir PN
- UMNO Ke-80: Terus Melangkah Depani Cabaran Realiti
- Tengku Azman Dedah Taktik ‘Rage Baiter’, Seru Politik Berasas Fakta
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tindakan Majlis Peguam Cabar Keputusan DNAA Ahmad Zahid Bersikap ‘Double Standard’
You must be logged in to post a comment.