Jangan harap Zii Jia sahaja

Jangan harap Zii Jia sahaja

Jangan harap Zii Jia sahaja
ZII Jia ketika menjalani latihan untuk persiapan Piala Thomas di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara. FOTO ASWADI ALIAS

Kuala Lumpur: Jurulatih profesional negara, Liew Daren menegaskan cabaran memburu mata di Piala Thomas 2026 tidak boleh disandarkan kepada Lee Zii Jia semata-mata, sebaliknya memerlukan peranan menyeluruh semua pemain perseorangan negara.

Menurut Daren, berdasarkan ranking semasa, Zii Jia dijangka menggalas tugas sebagai perseorangan ketiga ketika Malaysia beraksi di kejohanan yang berlangsung di Horsens, Denmark dari 24 April hingga 3 Mei ini.

Katanya, walaupun bukan pilihan utama, pengalaman luas dimiliki pemenang pingat gangsa Olimpik Paris 2024 itu mampu memberi kelebihan buat skuad negara terutama dalam perlawanan penting.

“Pengalaman yang dia ada boleh bantu pasukan. Jika diturunkan, saya percaya dia mampu sumbangkan mata,” katanya.

Daren berkata, kedudukan itu secara realistik meletakkan Zii Jia sebagai perseorangan ketiga, namun peranan setiap pemain tetap sama penting dalam usaha memburu kemenangan.

“Ia bukan hanya mengenai Zii Jia kerana dia perseorangan ketiga. Perseorangan pertama dan kedua juga sangat penting. Ini adalah usaha berpasukan,” katanya.

Zii Jia sebelum ini kembali beraksi pada Januari lalu di Terbuka Malaysia selepas hampir setahun berehat akibat kecederaan buku lali dan belakang.

Namun, prestasinya masih belum konsisten apabila tersingkir awal dalam lima daripada enam kejohanan disertai musim ini termasuk di pusingan kelayakan Masters Orleans.

Semalam, Persatuan Badminton Malaysia mengumumkan senarai pemain ke Piala Thomas dengan Zii Jia turut disenaraikan bersama Jun Hao, Justin dan Aidil.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tindakan Majlis Peguam Cabar Keputusan DNAA Ahmad Zahid Bersikap ‘Double Standard’


Cabaran Malaysia turut diperkuatkan dalam acara beregu lelaki yang diketuai pasangan nombor dua dunia Aaron Chia-Soh Wooi Yik selain gandingan Man Wei Chong-Tee Kai Wun serta Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani.

Dalam perkembangan sama, Daren mengakui seluruh pasukan kini giat membantu mengembalikan keyakinan Zii Jia yang masih mencari rentak terbaik selepas pulih daripada kecederaan.

“Kami cuba cari jalan terbaik dan harap dia dapat bangkit di Piala Thomas nanti,” katany

Jangan harap Zii Jia sahaja

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Konsep Melaka Sayang Rakyat Semakin Diterima Ramai – Ab Rauf

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker