Ahmad Zahid Terus Santuni Rakyat, Hadiri Beberapa Rumah Terbuka Syawal

Ahmad Zahid Terus Santuni Rakyat, Hadiri Beberapa Rumah Terbuka Syawal

Ahmad Zahid Terus Santuni Rakyat, Hadiri Beberapa Rumah Terbuka Syawal

KUALA LUMPUR 12 April – Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meneruskan sambutan Syawal apabila berbesar hati memenuhi beberapa jemputan rumah terbuka.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau memaklumkan kehadirannya ke Rumah Terbuka Parlimen Jelebu yang diadakan di Dataran Pertang.

“Malam tadi saya bersama isteri sempat singgah ke Rumah Terbuka Parlimen Jelebu di Dataran Pertang.

“Ramai betul yang hadir. Meriah sungguh seronok dapat jumpa dan beramah mesra dengan warga Jelebu.

“Terima kasih Datuk Seri Jalaluddin Alias atas jemputan dan layanan yang sangat baik. Semoga terus cemerlang berkhidmat untuk orang Jelebu dan Negeri Sembilan,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perkukuh Akar Umbi, Fokus Penyatuan Demi Masa Hadapan UMNO – Suhaimi Nasir


Ahmad Zahid Terus Santuni Rakyat, Hadiri Beberapa Rumah Terbuka Syawal

Sementara itu, menerusi muat naik terdahulu, beliau turut berkongsi kunjungannya ke beberapa rumah terbuka yang berbeza.

Menurut beliau rumah terbuka sebagai medium terbaik dalam mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat pelbagai latar belakang.

“Terima kasih atas jemputan serta layanan yang cukup mesra. Seronok dapat berjumpa dan beramah mesra dengan semua,” ujar beliau. – UMNO Online

Ahmad Zahid Terus Santuni Rakyat, Hadiri Beberapa Rumah Terbuka Syawal


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tindakan Majlis Peguam Cabar Keputusan DNAA Ahmad Zahid Bersikap ‘Double Standard’

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker