Zii Jia kini cergas 100 peratus
Zii Jia kini cergas 100 peratus

Kuala Lumpur: Perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia kembali berada pada tahap terbaik apabila disahkan pulih sepenuhnya daripada kecederaan sekali gus mencapai tahap kecergasan 100 peratus untuk menggalas cabaran sekiranya dipanggil memperkuat skuad bagi Piala Thomas 2026.
Jurulatihnya, Liew Daren berkata pemain itu bukan sahaja bebas daripada sebarang isu fizikal, malah kini memberikan tumpuan penuh terhadap program latihan yang lebih intensif bagi memastikan momentum prestasinya terus kekal.
“Ya, dia (Zii Jia) sudah 100 peratus pulih sepenuhnya (daripada kecederaan buku lali),” katanya kepada pemberita di Akademi Badminton Malaysia (ABM), di sini hari ini.
Beliau berkongsi impak positif sudah dapat dilihat seawal sesi latihan kedua bersama pemain di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas latihan pertama pada Rabu lepas.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO 80 Tahun: Peranan Besar Bentuk Sejarah, Kemerdekaan Tanah Air
- Pemuda UMNO Kuala Kangsar Susun Strategi, Perkasa Akar Umbi – Mohamad Arif
- UMNO 80 Tahun: Perkukuhkan Kesepakatan Dengan Perubahan Menyeluruh – Wan Mohalina
Perkukuh Akar Umbi, Fokus Penyatuan Demi Masa Hadapan UMNO – Suhaimi Nasir
Mengulas mengenai tawaran pemeriksaan kesihatan daripada Institut Sukan Negara (ISN) yang diutarakan menerusi Pengerusi Jawatankuasa Prestasi BAM Datuk Lee Chong Wei sebelum ini, beliau menzahirkan penghargaan atas keprihatinan yang diberikan.
Sementara itu, jurulatih perseorangan lelaki skuad kebangsaan, K Yogendran yang mengendalikan latihan pemain ranking ke-83 dunia itu di ABM berkata beliau dapat melihat komitmen tinggi dipamerkan Zii Jia dalam setiap sesi latihan.
“Yang penting persekitaran dan program latihan berjalan lancar. Itu paling penting sebab kita saling menyokong antara satu sama lain,” katanya.
Beliau turut mengakui kehadiran Zii Jia di ABM memberikan manfaat kepada pemain muda yang menjadikan pemain berkenaan sebagai sumber inspirasi.
“Saya berpendapat ia sebenarnya memberikan manfaat kepada semua pihak, manfaat kepada Zii Jia dan pemain muda, serta badminton Malaysia. Itu yang paling penting,” katanya.
Piala Thomas 2026 dijadual berlangsung dari 24 April hingga 3 Mei ini.
Zii Jia kini cergas 100 peratus
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rakyat, Orang Muda Ambil Iktibar ‘Zaman Kegelapan’ Negara Ketika Ditadbir PN
- UMNO Ke-80: Terus Melangkah Depani Cabaran Realiti
- Tengku Azman Dedah Taktik ‘Rage Baiter’, Seru Politik Berasas Fakta
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tindakan Majlis Peguam Cabar Keputusan DNAA Ahmad Zahid Bersikap ‘Double Standard’
You must be logged in to post a comment.