Wanita terkejut peluk ‘kayu’ bergigi

Wanita terkejut peluk ‘kayu’ bergigi

Wanita terkejut peluk ‘kayu’ bergigi
Tangkap layar video menunjukkan wanita itu terkejut apabila objek disangka kayu itu merupakan anak aligator. – Jam Press

BANDAR RAYA MEXICO – Seorang wanita berdepan detik cemas apabila objek terapung yang disangka kayu merupakan seekor anak aligator semasa mandi di sebatang sungai di Mexico, lapor akhbar The Sun UK.

Rakaman video kejadian dikongsi di media sosial menunjukkan wanita itu sedang merenjis air ke wajahnya sebelum mengangkat sebuah objek yang terapung.

Objek tersebut kelihatan seperti kayu.

Selepas diangkat, dia menjerit ketakutan apabila mendapati objek tersebut adalah seekor anak aligator.

Dia membaling reptilia itu ke udara dan bergegas berenang ke tepi sungai untuk menyelamatkan diri.

Pegawai hidupan liar memberi amaran kepada penduduk tempatan dan pelancong untuk sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling.

“Jika objek itu kelihatan seperti kayu, anggap ia mempunyai gigi,” katanya. – AGENSI

Wanita terkejut peluk ‘kayu’ bergigi

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tindakan Majlis Peguam Cabar Keputusan DNAA Ahmad Zahid Bersikap ‘Double Standard’

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker