UMNO Ke-80: Terus Melangkah Depani Cabaran Realiti
UMNO Ke-80: Terus Melangkah Depani Cabaran Realiti

KUALA LUMPUR, 10 April – Ketua Penerangan Pemuda UMNO Negeri Terengganu, Mohd Hafiz Aziz, menyifatkan sambutan ulang tahun ke-80 UMNO sebagai satu titik penting dalam menilai kematangan parti serta keupayaannya untuk terus kekal relevan dalam landskap politik semasa.
Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Nerus berkata ini kerana usia lapan dekad bukan sekadar lambang kekuatan sejarah, malah mencerminkan pelbagai ujian dan cabaran yang telah ditempuhi parti tersebut.
“80 tahun bukan sekadar usia tetapi ujian kematangan. Harapan kita agar UMNO terus berani berubah, memimpin dengan integriti, mendepani cabaran masa depan dan memberi ruang kepada generasi baharu untuk menentukan arah perjuangan yang lebih relevan dan bermakna.
“Gunakan pendekatan politik sederhana dan inklusif. Kekalkan identiti tetapi dalam kerangka Malaysia yang majmuk,” katanya kepada UMNO Online.
Mohd Hafiz menambah meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran politik namun UMNO kekal relevan dengan mendukung semangat perjuangan yang tidak
pernah luntur sejak penubuhannya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mesyuarat Cawangan UMNO Serlah Semangat Perjuangan, Perkukuh Keutuhan Organisasi
- Operasi Pembenihan Awan Tunjuk Hasil Awal Di Kedah, Perlis – Ahmad Zahid
- Bersatu Perak Dakwa Semakin Kukuh, Iqbal Jamal Persoal Realiti Kepimpinan
UMNO 80 Tahun: Kekuatan Akar Umbi Terus Jadi Teras Perjuangan – Dr Ahmad Maslan
Jelasnya, parti itu perlu terus berpijak pada sejarah yang menjadi asas kekuatan, bagaimanapun dalam masa yang sama bergerak seiring realiti semasa dan melangkah ke hadapan.
“Meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran politik, Parti UMNO kekal relevan dengan mendukung semangat perjuangan yang tidak pernah luntur.
“Berpijak pada sejarah, bergerak dengan realiti dan langkah ke hadapan dengan tekad demi masa depan yang lebih stabil dan terjamin.
“Ini penting untuk pulihkan keyakinan rakyat, khususnya pengundi muda. Kita perlu bina naratif masa depan seperti ekonomi digital, kecerdasan buatan (AI), peluang pekerjaan baru. Jangan terperangkap dengan politik lama,” ujar beliau. – UMNO Online
Oleh: Nurul Saadah Latib
UMNO Ke-80: Terus Melangkah Depani Cabaran Realiti
You must be logged in to post a comment.