Tindakan Majlis Peguam Cabar Keputusan DNAA Ahmad Zahid Bersikap ‘Double Standard’

Tindakan Majlis Peguam Cabar Keputusan DNAA Ahmad Zahid Bersikap ‘Double Standard’

Tindakan Majlis Peguam Cabar Keputusan DNAA Ahmad Zahid Bersikap ‘Double Standard’

KUALA LUMPUR, 10 April – Tindakan Majlis Peguam mencabar keputusan Peguam Negara memohon Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) disifatkan sebagai ‘double standard’.

Pengamal Undang-Undang, Datuk Dr Mohd Zaidi Md Zin berkata, perkara tersebut tidak wajar terjadi dalam proses undang-undang yang melibatkan kes-kes pendakwaan oleh Pihak Pendakwaraya.

“Tindakan Majlis Peguam mencabar keputusan Peguam Negara memohon Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi DNAA daripada 47 kes membabitkan Dana Yayasan Akalbudi adalah gambaran jelas bagaimana sikap ‘double standard’.

“Ia merupakan gangguan yang tidak wajar dalam proses undang-undang melibatkan kes-kes pendakwaan oleh Pihak Pendakwaraya.

“Mereka tahu bahawa kes ini secara sendirinya telah menjadi akademik apabila pihak Peguam Negara memutuskan untuk tidak meneruskan pendakwaan (NFA) terhadap kes baru-baru ini. Malah permohonan mereka tidak akan pergi ke mana-mana apabila Pihak Peguam Negara telah membuat keputusan tersebut,” katanya kepada UMNO Online.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Ke-80: Terus Jadi Tunjang Harapan Rakyat, Bawa Perjuangan Keramat


Beliau berkata demikian merujuk kepada laporan media yang melaporkan bahawa  Mahkamah Rayuan diberitahu keputusan Peguam Negara memohon Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi DNAA daripada 47 kes pecah amanah rasuah dan pengubahan wang haram, bertentangan kepentingan awam serta patut dibatalkan.

Majlis Peguam dalam hujahannya berkata, terdapat kes yang boleh dipertikaikan dalam rayuannya untuk mencabar keputusan Peguam Negara memberhentikan prosiding kes membabitkan dana Yayasan Akalbudi itu.

Mohd Zaidi yang juga Ketua Penerangan UMNO Negeri Selangor berkata, tindakan Majlis Peguam itu dilihat lebih kepada memanipulasikan proses undang-undang memandangkan ada lagi kes-kes lain yang tidak dipertikaikan.

“Tindakan mereka dilihat lebih kepada memanipulasikan proses undang-undang dan menimbulkan persepsi untuk kepentingan politik mereka sahaja.

“Ini jelas dapat dilihat apabila mereka tidak mempertikaikan walau sekelumit ayat apabila perkara sama berlaku ke atas kes Rafizi Ramli dan Thamrin Ghaafar yang telah pun diarahkan membela diri sewaktu kes mereka di tarik balik oleh pihak Pendakwa Raya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO 80 Tahun: Kekuatan Akar Umbi Terus Jadi Teras Perjuangan – Dr Ahmad Maslan


“Jika alasan mereka isu kes DNAA Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah bertentangan kepentingan awam, apakah kes-kes orang yang sealiran dengan pemikiran mereka dibolehkan pula? Jika bukan hipokrit, apakah lagi istilah sesuai untuk diberikan kepada mereka?” katanya lagi.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan bahawa Badan Peguam sewajarnya menjunjung kedaulatan undang-undang tertinggi negara dengan tidak mengganggu bidang kuasa Peguam Negara.

 

Tindakan Majlis Peguam Cabar Keputusan DNAA Ahmad Zahid Bersikap ‘Double Standard’

“Majlis Peguam tidak seharusnya dijadikan kuda tunggangan oleh orang yang berkepentingan. Tindakan mereka amat memalukan seluruh pengamal undang-undang yang mempunyai latar belakang politik berbeza dan kefahaman undang-undang berpaksikan kepada keadilan untuk semua.

“Jika perlembagaan negara kita mengamalkan pemisahan kuasa di antara Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman, maka Badan Peguam sewajarnya menjunjung kedaulatan undang-undang tertinggi negara dengan tidak mengganggu bidang kuasa Peguam Negara,” katanya lagi.

Terdahulu, media melaporkan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Mohd Rafizi Ramli, telah diarahkan membela diri oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan menyiarkan artikel mengandungi tohmahan terhadap Lembaga Tabung Haji (TH) pada tahun 2016, namun dilepas dan dibebaskan pada tahun 2019.

Bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Mohd Tamrin Abdul Ghafar pula diperintahkan untuk membela diri terhadap pertuduhan memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah pada 13 Mei 2013, dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan tersebut pada tahun 2018.

Manakala aktivis, Haris Ibrahim telah dibebaskan pada tahun 2020 daripada tuduhan hasutan berkaitan kenyataan di sebuah forum mengenai Pilihan Raya Umum ke-13 di Kuala Lumpur pada 13 Mei 2013. – UMNO Online

Oleh: Nuralyaa Izzati Azman

Tindakan Majlis Peguam Cabar Keputusan DNAA Ahmad Zahid Bersikap ‘Double Standard’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perkukuh Akar Umbi, Fokus Penyatuan Demi Masa Hadapan UMNO – Suhaimi Nasir

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker