Tengku Azman Dedah Taktik ‘Rage Baiter’, Seru Politik Berasas Fakta

Tengku Azman Dedah Taktik ‘Rage Baiter’, Seru Politik Berasas Fakta

Tengku Azman Dedah Taktik ‘Rage Baiter’, Seru Politik Berasas Fakta

KUALA LUMPUR, 10 April – Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Tengku Azman Tengku Zainol Abidin, mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan budaya politik berasaskan emosi yang semakin menular dalam landskap semasa.

Beliau berkata, fenomena “rage baiter” kini semakin ketara apabila terdapat pihak tertentu yang lebih gemar memainkan sentimen dan membakar kemarahan rakyat serta ahli parti, berbanding membawa idea atau solusi yang membina.

Menurutnya, pendekatan sedemikian bukan sahaja tidak sihat, malah boleh merosakkan kestabilan politik serta mengelirukan masyarakat dengan fakta yang diputarbelit.

“Dalam politik hari ini, terlalu ramai ‘rage baiter’ iaitu bukan nak bina negara atau parti, tetapi sibuk bakar emosi rakyat dan ahli. Tiada idea, kerja pun tidak dibuat. Mereka hanya main sentimen, putar fakta dan cipta kemarahan. Itu bukan perjuangan, itu manipulasi,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa rakyat dan ahli parti perlu lebih bijak menilai maklumat serta tidak menjadi alat kepada pihak yang berkepentingan sempit.

“Rakyat dan ahli kena bijak. Jangan mudah terpengaruh dan jangan jadi alat kepada mereka yang hanya mahu meraih sokongan melalui kemarahan, bukan kebenaran,” tambah beliau.

Tegasnya lagi, politik yang matang memerlukan hujah berasaskan fakta, dasar yang jelas serta komitmen terhadap pembangunan negara, bukannya retorik kosong yang memecah-belahkan masyarakat.

Beliau juga berpandangan bahawa keterbukaan UMNO sebagai “Rumah Bangsa” turut membuka ruang kepada segelintir pihak untuk mengambil kesempatan demi kepentingan peribadi.

“Keterbukaan UMNO yang bersifat inklusif dengan mengalu-alukan sokongan terhadap ‘Rumah Bangsa’ cuba disalah erti oleh segintir pihak selain ada yang mahu mengambil kesempatan.

“Apa yang pasti, kebersamaan, kesatuan dan perpaduan yang diterapkan melalui aplikasi ‘Rumah Bangsa’ bukan satu paksaan. Sebab itu setiap ahli parti perlu lebih matang dan berprinsip agar UMNO terus menjadi wadah perjuangan yang ikhlas, bukan medan manipulasi,” tegas beliau lagi. – UMNO Online

Tengku Azman Dedah Taktik ‘Rage Baiter’, Seru Politik Berasas Fakta

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Ke-80: Terus Jadi Tunjang Harapan Rakyat, Bawa Perjuangan Keramat


Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker