Rakyat, Orang Muda Ambil Iktibar ‘Zaman Kegelapan’ Negara Ketika Ditadbir PN
Rakyat, Orang Muda Ambil Iktibar ‘Zaman Kegelapan’ Negara Ketika Ditadbir PN

KUALA LUMPUR, 10 April – Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam berharap rakyat khususnya orang muda mengambil iktibar zaman ‘kegelapan negara’ ketika ditadbir oleh Perikatan Nasional (PN) di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut beliau ini kerana, terbukti ketidakcekapan Muhyiddin yang menyaksikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan telah memberi kesan besar kepada rakyat.
“Kita tak boleh hendak baca ke mana orang muda ini akan pergi tetapi saya masih yakin bahawa kebanyakkan iaitu lebih 50 peratus pengundi Malaysia ini mereka akan undi ikut emosi… ini sangat bahaya.
“Mereka tidak undi mengikut akal fikiran rasional, kalau mereka fikir rasional apa tidak jadi kepada orang Melayu ketika PN memerintah dahulu ketika dahulu?
“’Zaman kegelapan’ tidak boleh bekerja kerana perintah berkurung, negara lain ada juga tapi dua minggu paling dua bulan, kita sehingga 18 bulan kejap buka tutup, kena darurat, mengemis duit KWSP, kena kejar ah long, 143 peratus kadar orang bunuh diri,” katanya pada wawancara #HitamPutihKelabu UMNO 8 DEKAD: Dinamika Politik & Masa Depan UMNO yang disiarkan UMNO Online di Facebook.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Melaka Fokus Perkukuh Agenda Pembangunan Demi Kesejahteraan Rakyat
- Muhyiddin Umpama Melukut Di Tepi Gantang Dalam PN – Zawawi
- UMNO Lahad Datu Perkukuh Akar Umbi, Fokus Persediaan Hadapi PRU16
UMNO Ke-80: Terus Jadi Tunjang Harapan Rakyat, Bawa Perjuangan Keramat
Dalam pada itu, beliau turut menyeru rakyat membuat pertimbangan yang lebih rasional untuk menentukan pilihan politik pada masa akan datang.
Beliau berkata, sehingga kini terdapat segelintir pihak yang masih menolak kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), namun menegaskan bahawa keputusan politik sebelum ini adalah ditentukan oleh rakyat.
“Ada yang benci BN kerjasama dengan PH tapi rakyat yang buat keputusan. Sudah buat silap 2018… 2022 jangan buat silap lagi. Kena bulatkan tekad kuatkan semangat undi balik BN bagi kita perintah.
“Masa itu pun sudah ada yang merasa bahana kerana zaman Datuk Seri Najib Tun Razak beliau tinggalkan hutang baru RM688 bilion tapi pada Tun Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin ambil alih sudah jadi trilion. Tapi pada 2022 mereka undi balik (PN), tapi Muhyiddin tidak mahu kerjasama dengan PH tapi bila kita setuju dipanggil Umdap, masuk akal atau tidak?
“Kenapa hari ini kita kerjasama dengan PH sebab keputusan itu dibuat pada keputusan pilihan raya yang menyaksikan BN, PH, PN tidak menang secara mutlak. Itu sebabnya pilihan raya akan datang UMNO kena fikir strategi apa yang membolehkan kita tambah jumlah kerusi,” ujar beliau. – UMNO Online
Oleh: Nurul Saadah Latib
Rakyat, Orang Muda Ambil Iktibar ‘Zaman Kegelapan’ Negara Ketika Ditadbir PN
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO 80 Tahun: Peranan Besar Bentuk Sejarah, Kemerdekaan Tanah Air
- Pemuda UMNO Kuala Kangsar Susun Strategi, Perkasa Akar Umbi – Mohamad Arif
- UMNO 80 Tahun: Perkukuhkan Kesepakatan Dengan Perubahan Menyeluruh – Wan Mohalina
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Perkukuh Akar Umbi, Fokus Penyatuan Demi Masa Hadapan UMNO – Suhaimi Nasir
You must be logged in to post a comment.