Piala FA, Piala Liga umpama ‘isteri ketiga, keempat’ buat Arsenal
Piala FA, Piala Liga umpama ‘isteri ketiga, keempat’ buat Arsenal

Sepanjang beberapa minggu ini, pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal teruk diusik peminat kelab seteru seperti Manchester United, Liverpool, Manchester City dan Chelsea.
Semuanya gara-gara kekalahan 0-2 skuad Gunners di tangan Manchester City pada final Piala Liga Inggeris pada 23 Mac lalu diikuti keputusan mengaibkan tewas 1-2 kepada kelab divisyen satu, Southampton di peringkat suku akhir Piala FA.
Sebelum itu, Arsenal berada di landasan tepat untuk melakar rekod bola sepak Inggeris iaitu memenangi gelaran ‘quadruple’ (empat piala semusim) termasuk trofi berprestij Liga Juara-Juara Eropah (UCL).
Antara usikan itu termasuk Arsenal hanya layak jadi ‘pengapit pengantin’ (bridesmaid) merujuk kepada gelaran naib juara EPL berturut-turut sejak tiga musim lalu selain tidak memiliki mentaliti juara kerana pemainnya belum ada pengalaman merasai nikmat itu.
Namun peminat setia dan fanatik Arsenal tidak goyah dan percaya kepada proses. Gelaran quadruple hanya impian, pada hakikatnya ia memang sukar dicapai dalam satu musim yang panjang kerana pelbagai faktor terutama masalah kecederaan membabitkan pemain utama.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO 80 Tahun: Peranan Besar Bentuk Sejarah, Kemerdekaan Tanah Air
- Pemuda UMNO Kuala Kangsar Susun Strategi, Perkasa Akar Umbi – Mohamad Arif
- UMNO 80 Tahun: Perkukuhkan Kesepakatan Dengan Perubahan Menyeluruh – Wan Mohalina
Perkukuh Akar Umbi, Fokus Penyatuan Demi Masa Hadapan UMNO – Suhaimi Nasir
Paling kritikal Arsenal kehilangan dua perancang kreatif iaitu kaptennya, Martin Odegaard dan pemain England, Eberechi Eze ketika bertemu City dan Southampton.
Odegaard terkenal dengan kemampuannya melakukan ‘assist’ (bantuan jaringan) manakala Eze hebat meledak gol penting.
Seperkara lain, strategi pengendali Arsenal, Mikel Arteta juga jelas.
Beliau hanya menurunkan skuad kedua dalam kedua-dua perlawanan penting itu kerana keutamaannya adalah trofi EPL dan UCL.
Beliau mahu menamatkan kemarau trofi EPL yang kali terakhir dijulang Arsenal pada musim 2003/04 manakala UCL langsung tidak pernah dimenangi kelab itu.
Disebabkan itu, Arteta kembali menurunkan kesebelasan utama ketika Arsenal menewaskan Sporting Lisbon 1-0 pada saingan suku akhir pertama UCL di tempat lawan Rabu lalu sekali gus berpeluang cerah mara ke separuh akhir kerana kelebihan beraksi di laman sendiri pada aksi timbal balik di Stadium Emirates minggu depan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Melaka Fokus Perkukuh Agenda Pembangunan Demi Kesejahteraan Rakyat
- Muhyiddin Umpama Melukut Di Tepi Gantang Dalam PN – Zawawi
- UMNO Lahad Datu Perkukuh Akar Umbi, Fokus Persediaan Hadapi PRU16
UMNO Ke-80: Terus Jadi Tunjang Harapan Rakyat, Bawa Perjuangan Keramat
Kini tumpuan Arsenal beralih pada aksi ke-32 EPL bertemu Bournemouth di Emirates pada jam 7.30 malam ini.
Odegaard dan rakan-rakan sedar ini perlawanan wajib menang kerana kelebihan sembilan mata dan beraksi lebih satu perlawanan berbanding pencabar terdekat, City masih belum cukup selamat kerana lawan kelab berpengalaman memburu trofi.
Justeru kepada peminat Gunners di Malaysia, kekal bertenang kerana Piala Liga hanya ‘Mickey Mouse Cup’ atau trofi yang paling kurang berprestij di England manakala Arsenal pula adalah pemegang rekod pemenang terbanyak dalam Piala FA.
Analoginya, kedua-duanya trofi itu umpama isteri ketiga atau keempat, manakala gelaran EPL dan UCL ibarat isteri pertama dan kedua buat Arsenal.
Piala FA, Piala Liga umpama ‘isteri ketiga, keempat’ buat Arsenal
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rakyat, Orang Muda Ambil Iktibar ‘Zaman Kegelapan’ Negara Ketika Ditadbir PN
- UMNO Ke-80: Terus Melangkah Depani Cabaran Realiti
- Tengku Azman Dedah Taktik ‘Rage Baiter’, Seru Politik Berasas Fakta
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tindakan Majlis Peguam Cabar Keputusan DNAA Ahmad Zahid Bersikap ‘Double Standard’
You must be logged in to post a comment.