Arteta ketepi kontrak, fokus Arsenal

Arteta ketepi kontrak, fokus Arsenal

Arteta ketepi kontrak, fokus Arsenal
ARTETA gembira bersama kelab dan masih mempunyai banyak sasaran untuk dicapai. FOTO AFP

London: Mikel Arteta menegaskan komitmennya bersama Arsenal sambil menolak spekulasi mengenai lanjutan kontrak, menjelang aksi Liga Perdana Inggeris menentang Bournemouth, Sabtu ini.

Pengendali dari Sepanyol itu berkata fokus utama ketika ini adalah mengharungi baki musim, terutama dengan Arsenal berada di landasan terbaik memburu kejuaraan liga pertama dalam tempoh 22 tahun.

“Tiada perkembangan mengenai kontrak. Kami tiada masa untuk bincangkan perkara itu sekarang. Fokus sepenuhnya adalah hingga penghujung musim,” katanya.

Arsenal kini mendahului liga dengan kelebihan sembilan mata ke atas Manchester City, selain masih bersaing dalam Liga Juara-Juara selepas mencatat kemenangan ke atas Sporting CP.

Arteta turut menegaskan beliau gembira bersama kelab dan masih mempunyai banyak sasaran untuk dicapai, namun enggan mengulas lanjut mengenai masa depannya buat masa ini.

Dalam perkembangan lain, beliau mengesahkan pemain seperti Eberechi Eze sudah kembali menjalani latihan dan bersedia diturunkan, manakala beberapa tonggak utama lain masih belum pulih sepenuhnya menjelang aksi hujung minggu.

Arteta ketepi kontrak, fokus Arsenal

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tindakan Majlis Peguam Cabar Keputusan DNAA Ahmad Zahid Bersikap ‘Double Standard’

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker