Aaron-Wooi Yik kecundang, misi negara berakhir

Aaron-Wooi Yik kecundang, misi negara berakhir

Aaron-Wooi Yik kecundang, misi negara berakhir
AARON-Wooi Yik akur dengan kehebatan Min Hyuk-Don Ju. FOTO Ihsan Penganjur Kejohanan Badminton Asia

Kuala Lumpur: Gandingan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik muncul wakil terakhir Malaysia yang tersingkir di suku akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC), sekali gus menyaksikan tiada wakil negara mara ke separuh akhir.

Pasangan ranking kedua dunia itu terpaksa akur selepas tewas kepada gandingan Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Ki Dong Ju dalam pertarungan sengit tiga set 19-21, 28-26, 13-21.

Aaron-Wooi Yik yang juga juara bertahan, bermula baik dengan memberikan tentangan hebat, malah bangkit memenangi set kedua selepas aksi mendebarkan, namun gagal mengekalkan momentum pada set penentuan apabila lawan lebih konsisten.

Tahun lalu, Aaron-Wooi Yik muncul juara selepas menundukkan pasangan China, Chen Boyang-Liu Yi 21-19, 21-17.

Min Hyuk-Don Ju selepas ini akan berentap dengan pilihan kelima dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri.

Fajar-Shohibul Fikri mara ke separuh akhir selepas menumpaskan Lee Fang Chih-Lee Fang Jen dari Taiwan, 21-15, 21-18.

Kekalahan itu sekali gus menutup tirai cabaran Malaysia di kejohanan berkenaan selepas semua wakil negara sebelum ini turut tersingkir di peringkat suku akhir termasuk beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah.

Aaron-Wooi Yik kecundang, misi negara berakhir

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tindakan Majlis Peguam Cabar Keputusan DNAA Ahmad Zahid Bersikap ‘Double Standard’

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker