UMNO 80 Tahun: Perkukuhkan Kesepakatan Dengan Perubahan Menyeluruh – Wan Mohalina
UMNO 80 Tahun: Perkukuhkan Kesepakatan Dengan Perubahan Menyeluruh – Wan Mohalina

KUALA LUMPUR, 9 April – Exco Wanita UMNO, Wan Mohalina Wan Mohamad yakin UMNO mampu bangkit semula memperkukuh kesepakatan dalaman serta melakukan muhasabah dan perubahan yang menyeluruh.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Kak Wan berkata, UMNO kini berada umur 80 tahun iaitu satu tahap kematangan yang tinggi hasil pengalaman panjang meskipun berdepan pelbagai cabaran dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
“UMNO yang kini berusia 80 tahun merupakan sebuah parti yang matang serta kaya dengan pengalaman dalam arena politik. Walaupun berdepan pelbagai cabaran sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kita tetap percaya dan yakin bahawa parti ini mampu bangkit semula.
“Sebagaimana parti-parti lain yang pernah melalui kejatuhan dan kembali bangkit, seperti Parti Demokratik Liberal (LDP) di Jepun, kita juga percaya UMNO mampu melakukan perkara yang sama. Apa yang paling penting ialah kesepakatan, muhasabah diri serta perubahan dalaman agar parti dapat terus membawa agenda memperjuangkan isu-isu rakyat.
“Sebagai pemimpin UMNO, kita perlu menjelaskan isu-isu yang dihadapi rakyat dengan sebaiknya. Itulah yang rakyat mahu dengar—bukan sekadar retorik politik, tetapi penyelesaian yang nyata. Tindakan yang berkesan serta komitmen berterusan amat penting dalam memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat secara menyeluruh,” katanya kepada UMNO Online.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mesyuarat Cawangan UMNO Serlah Semangat Perjuangan, Perkukuh Keutuhan Organisasi
- Operasi Pembenihan Awan Tunjuk Hasil Awal Di Kedah, Perlis – Ahmad Zahid
- Bersatu Perak Dakwa Semakin Kukuh, Iqbal Jamal Persoal Realiti Kepimpinan
UMNO 80 Tahun: Kekuatan Akar Umbi Terus Jadi Teras Perjuangan – Dr Ahmad Maslan
Mengulas lanjut, Kak Wan yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Sungai Petani menyeru seluruh akar umbi parti agar terus memperkukuh perpaduan dan iltizam dalam perjuangan, khususnya sempena sambutan ulang tahun UMNO ke-80.

““Saya berharap semua ahli akar umbi dapat terus berpadu dalam parti serta bertekad demi perjuangan untuk kembali menerajui kerajaan pada masa akan datang. Rakyat mengetahui bahawa UMNO merupakan sebuah kerajaan yang terbaik dan paling stabil.
“UMNO mempunyai hala tuju yang jelas serta pengalaman luas dalam memimpin negara. Rakyat sendiri telah merasai perbezaannya apabila kerajaan bertukar selepas kekalahan pada pilihan raya lalu,” katanya.
Kak Wan turut menyatakan keyakinan bahawa rakyat kini semakin matang dalam menilai kepimpinan dan mengharapkan kestabilan seperti yang pernah dibawa oleh UMNO.
“Saya percaya rakyat mahu melihat UMNO kembali memimpin negara. Justeru, parti ini perlu merangka strategi terbaik serta membuktikan bahawa UMNO benar-benar memperjuangkan nasib rakyat dan mampu melaksanakannya,” ujarnya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Voices of HER: Platform Strategik Lahirkan Kuasa Wanita Masa Depan – Ahmad Zahid
- UMNO 80 Tahun: Warisi Perjuangan, Amanah Pemimpin Terdahulu Untuk Rakyat Dan Negara
- Ekonomi Bumiputera Diperkukuh Hadapi Ketidaktentuan Global – Ahmad Zahid
Wanita Bukti Ketahanan Tinggi, Tonggak Pemulihan Ekonomi Negara – Noraini
Dalam masa yang sama, Kak Wan mengajak seluruh ahli dan penyokong parti untuk bersama-sama memeriahkan sambutan ulang tahun UMNO serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan ahli.
“Saya menyeru semua akar umbi parti, di mana sahaja berada, agar hadir beramai-ramai di World Trade Centre (WTC) bagi meraikan sambutan ulang tahun UMNO ke-80.
Pelbagai program telah diaturkan oleh Wanita UMNO yang akan berlangsung dari 1 hingga 4 Mei ini,” jelasnya.
Tambahnya, antara pengisian utama termasuk konvensyen pendidikan yang memberi tumpuan kepada masa depan anak bangsa, selain konvensyen UMNO serta pelbagai program lain sepanjang sambutan tersebut. – UMNO Online
UMNO 80 Tahun: Perkukuhkan Kesepakatan Dengan Perubahan Menyeluruh – Wan Mohalina
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Melaka Fokus Perkukuh Agenda Pembangunan Demi Kesejahteraan Rakyat
- Muhyiddin Umpama Melukut Di Tepi Gantang Dalam PN – Zawawi
- UMNO Lahad Datu Perkukuh Akar Umbi, Fokus Persediaan Hadapi PRU16
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Ke-80: Terus Jadi Tunjang Harapan Rakyat, Bawa Perjuangan Keramat
You must be logged in to post a comment.