UMNO 80 Tahun: Peranan Besar Bentuk Sejarah, Kemerdekaan Tanah Air

UMNO 80 Tahun: Peranan Besar Bentuk Sejarah, Kemerdekaan Tanah Air

UMNO 80 Tahun: Peranan Besar Bentuk Sejarah, Kemerdekaan Tanah Air

KUALA LUMPUR, 9 April – Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan peranan UMNO besar dalam membentuk sejarah dan membawa kemerdekaan kepada negara yang terus dikenang rakyat sehingga ke hari ini.

Beliau berkata meskipun berhadapan dengan dinamika politik namun perjuangan parti keramat ini dalam mengisi kemerdekaan dan pembangunan negara memberikan kesan signifikan kepada kehidupan rakyat dan landskap sosial.

“Saya rasa susah rakyat hendak menolak UMNO, kerana UMNO pengaruhi hidup dan sejarah tanah air… apa juga yang dibina, wujud dalam masyarakat sejak merdeka adalah kerana sentuhan UMNO.

“Kalau tidak kerana sentuhan UMNO, mungkin itu semua tidak akan berlaku. Saya rasa rakyat yang benci kepada UMNO pun mesti akui bahawa ini semuanya berlaku kerana desakan (kemerdekaan) daripada pejuang-pejuang UMNO baik di peringkat rendah sekalipun, seperti di peringkat cawangan daripada kampung-kampung kecil hingga kepada bandar besar.

“Semuanya (kemerdekaan) adalah atas desakan daripada pemimpin-pemimpin UMNO,” katanya ketika ditemui UMNO Online pada wawancara khas ‘Iktibar Perjalanan 80 Tahun UMNO’ di kediamannya baru-baru ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO 80 Tahun: Kekuatan Akar Umbi Terus Jadi Teras Perjuangan – Dr Ahmad Maslan


Tengku Razaleigh dalam pada itu turut berpandangan UMNO kekal relevan kerana pendukung parti di akar umbi yang sentiasa komited memperjuangkan aspirasi rakyat dan memastikan parti terus dekat dengan masyarakat di pelbagai peringkat.

UMNO 80 Tahun: Peranan Besar Bentuk Sejarah, Kemerdekaan Tanah Air

Beliau turut sama mengingatkan pemimpin untuk memberikan khidmat kepada rakyat tanpa mengejar kuasa semata.

“Semangat (mempertahankan UMNO) ini disemai oleh orang UMNO itu sendiri, bukan semata oleh pemimpin UMNO. Pemimpin kadang-kadang mereka sesuatu untuk dijual supaya mempopularkan dirinya.

“Tetapi ramai di antara yang ada di peringkat cawangan dan juga bahagian mempopularkan sesuatu yang dikenali rakyat, seperti pembangunan antaranya sekolah, titi dan sebagainya. Ini adalah desakan daripada keperluan rakyat itu sendiri… tidak ada kaitan dengan diri dan kepentingan sendiri.

“Ada pemimpin kita cuma masuk UMNO nak jadi Perdana Menteri kononnya layak tapi dia sendiri belum tengok diri dia dalam cermin. Sejauh mana layak dari segi ilmu, integriti dan aspek lain,” ujar beliau. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

UMNO 80 Tahun: Peranan Besar Bentuk Sejarah, Kemerdekaan Tanah Air

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Ke-80: Terus Jadi Tunjang Harapan Rakyat, Bawa Perjuangan Keramat

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker