Perkukuh Akar Umbi, Fokus Penyatuan Demi Masa Hadapan UMNO – Suhaimi Nasir
Perkukuh Akar Umbi, Fokus Penyatuan Demi Masa Hadapan UMNO – Suhaimi Nasir

LIBARAN, 9 April – Ketua UMNO Bahagian Libaran, Datuk Suhaimi Nasir menegaskan bahawa parti ini perlu terus memperkukuh struktur dan semangat perjuangan sebagai persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dan kesinambungan masa hadapan.
Menurut beliau, usaha memperkenalkan konsep “Rumah Bangsa” adalah teras dalam memantapkan proses pengukuhan, khususnya bagi menyatukan ahli dengan penghayatan kepada perjuangan UMNO di semua peringkat.
“Konsep Rumah Bangsa ini bukan sekadar slogan, tetapi satu pendekatan untuk memperkukuh kesatuan dalam parti. Kita mahu semua ahli merasakan mereka berada dalam satu keluarga besar yang memperjuangkan nasib agama, bangsa dan negara,” katanya kepada UMNO Online selepas mengadakan mesyuarat bersama ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Libaran semalam.
Dalam pada itu, beliau turut mengakui bahawa terdapat kelemahan dalam parti yang perlu diperbaiki segera bagi memastikan gerak kerja lebih tersusun dan berkesan.
“Kita tidak boleh menafikan bahawa ada kelemahan dalam parti sebelum ini. Justeru, penambahbaikan perlu dilakukan secara menyeluruh iaitu daripada peringkat bahagian hinggalah ke cawangan supaya kita lebih bersedia dan tersusun menghadapi cabaran politik semasa,” jelasnya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mesyuarat Cawangan UMNO Serlah Semangat Perjuangan, Perkukuh Keutuhan Organisasi
- Operasi Pembenihan Awan Tunjuk Hasil Awal Di Kedah, Perlis – Ahmad Zahid
- Bersatu Perak Dakwa Semakin Kukuh, Iqbal Jamal Persoal Realiti Kepimpinan
UMNO 80 Tahun: Kekuatan Akar Umbi Terus Jadi Teras Perjuangan – Dr Ahmad Maslan
Tambah beliau, kesetiaan kepada parti juga perlu diperkasakan, terutama dalam suasana politik yang semakin mencabar dan dinamik.
“Kesetiaan adalah asas kekuatan UMNO. Tanpa kesetiaan, sukar untuk kita bergerak sebagai satu pasukan. Kita perlu memperkukuhkan semangat ini agar setiap ahli kekal teguh bersama parti, tidak kira apa jua cabaran yang datang,” ujarnya.
Mengulas mengenai kepentingan persidangan Cawangan yang berlangsung bermula 1 April hingga 17 Mei ini, beliau menyifatkan platform tersebut sebagai medium penting untuk merapatkan hubungan antara pemimpin bahagian dan akar umbi.
“Persidangan cawangan bukan sekadar memenuhi tuntutan perlembagaan parti, tetapi ia adalah ruang terbaik untuk kita mendengar suara akar umbi, menyelesaikan isu setempat dan mengeratkan silaturahim antara pemimpin dan ahli,” katanya lagi.

Beliau turut menekankan bahawa hubungan erat antara kepimpinan dan akar umbi akan menjadi faktor penentu kekuatan UMNO dalam menghadapi PRU16.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Voices of HER: Platform Strategik Lahirkan Kuasa Wanita Masa Depan – Ahmad Zahid
- UMNO 80 Tahun: Warisi Perjuangan, Amanah Pemimpin Terdahulu Untuk Rakyat Dan Negara
- Ekonomi Bumiputera Diperkukuh Hadapi Ketidaktentuan Global – Ahmad Zahid
Wanita Bukti Ketahanan Tinggi, Tonggak Pemulihan Ekonomi Negara – Noraini
“Jika hubungan ini kukuh, insya-Allah kita akan lebih bersedia dan yakin untuk berdepan dengan pilihan raya akan datang. Kemenangan tidak datang dengan mudah, tetapi ia bermula dengan kesatuan dan kekuatan dalaman parti,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Suhaimi yang juga Ahli Parlimen Libaran turut menyentuh isu tuntutan 40 peratus hasil negeri yang menurutnya tidak wajar dilengah-lengahkan.
“Tuntutan 40 peratus ini perlu diberi perhatian serius. Sementara mahkamah mencari pendekatan dan penyelesaian terbaik, kerajaan negeri wajar melantik penaksir bebas bagi menentukan jumlah sebenar yang perlu dimuktamadkan,” tegas beliau.
Beliau menambah, penyelesaian yang adil dan telus amat penting demi menjaga kepentingan rakyat serta memastikan hak negeri Sabah terus terpelihara. – UMNO Online
Perkukuh Akar Umbi, Fokus Penyatuan Demi Masa Hadapan UMNO – Suhaimi Nasir
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Melaka Fokus Perkukuh Agenda Pembangunan Demi Kesejahteraan Rakyat
- Muhyiddin Umpama Melukut Di Tepi Gantang Dalam PN – Zawawi
- UMNO Lahad Datu Perkukuh Akar Umbi, Fokus Persediaan Hadapi PRU16
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Ke-80: Terus Jadi Tunjang Harapan Rakyat, Bawa Perjuangan Keramat
You must be logged in to post a comment.