Objek pelik seperti torpedo ditemukan di perairan Indonesia
Objek pelik seperti torpedo ditemukan di perairan Indonesia

JAKARTA – Tentera Laut Indonesia sedang menyiasat objek mirip torpedo yang ditemui seorang nelayan berhampiran Selat Lombok, laluan maritim utama menghubungkan Lautan Hindi dan Lautan Pasifik.Panduan Bandar & Tempatan
Objek panjang 3.7 meter dan lebar 65 sentimeter itu ditarik keluar dari laut pada Isnin lalu, kira-kira 10 kilometer dari pulau pelancongan popular, Gili Trawangan dalam wilayah Nusa Tenggara Barat, kata tentera laut.
Seorang nelayan berusia 28 tahun segera melaporkan penemuan luar biasa itu kepada pihak berkuasa tempatan, yang kemudian mengambilnya.
“Tentera laut Indonesia akan segera melakukan pemeriksaan mendalam ke atas peranti ini untuk mengenal pasti asal usul, fungsi dan data terkandung di dalamnya.
“Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (ABRI) kekal komited sepenuhnya untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan perairan Indonesia daripada semua bentuk aktiviti tanpa kebenaran, termasuk penggunaan peranti atau peralatan bawah air oleh pihak yang tidak dibenarkan,” kata jurucakap tentera laut, Tunggul kepada AFP.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mesyuarat Cawangan UMNO Serlah Semangat Perjuangan, Perkukuh Keutuhan Organisasi
- Operasi Pembenihan Awan Tunjuk Hasil Awal Di Kedah, Perlis – Ahmad Zahid
- Bersatu Perak Dakwa Semakin Kukuh, Iqbal Jamal Persoal Realiti Kepimpinan
UMNO 80 Tahun: Kekuatan Akar Umbi Terus Jadi Teras Perjuangan – Dr Ahmad Maslan
Ketua pangkalan tentera laut Mataram, Asep Tri Prabowo berkata, objek itu berada di bawah pengawasan ketat dan akan dihantar ke Jakarta untuk siasatan lanjut.
Pemeriksaan awal oleh skuad bom Polis Nusa Tenggara Barat mengesahkan ia tidak mengandungi bahan letupan atau radioaktif, tambahnya.
Media Indonesia melaporkan, huruf pada objek itu menunjukkan ia mungkin dihasilkan oleh syarikat China Shipbuilding Industry Corporation. Ia kelihatan seperti peranti untuk mengukur kelajuan arus.
Ini bukanlah kali pertama objek asing ditemui di perairan Indonesia.
Pada 2021, seorang nelayan menemui sebuah seaglider di Kepulauan Selayar, Sulawesi Selatan yang disyaki oleh pihak tentera digunakan untuk penyelidikan pemetaan lautan. – AFP
Objek pelik seperti torpedo ditemukan di perairan Indonesia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO 80 Tahun: Peranan Besar Bentuk Sejarah, Kemerdekaan Tanah Air
- Pemuda UMNO Kuala Kangsar Susun Strategi, Perkasa Akar Umbi – Mohamad Arif
- UMNO 80 Tahun: Perkukuhkan Kesepakatan Dengan Perubahan Menyeluruh – Wan Mohalina
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Perkukuh Akar Umbi, Fokus Penyatuan Demi Masa Hadapan UMNO – Suhaimi Nasir
You must be logged in to post a comment.