Arab Saudi dibelil, pengeluaran lebih sejuta tong minyak terjejas
Arab Saudi dibelil, pengeluaran lebih sejuta tong minyak terjejas

RIYADH – Serangan Iran ke atas infrastruktur tenaga Arab Saudi sejak beberapa minggu kebelakangan ini menyebabkan seorang terbunuh, manakala kapasiti pengeluaran minyak negara berkenaan turut terjejas.
“Siri serangan ini menyasarkan infrastruktur pengeluaran, pengangkutan, penapisan minyak dan gas, loji petrokimia serta kemudahan tenaga di Riyadh, Wilayah Timur dan bandar perindustrian Yanbu,” kata seorang pegawai kementerian tenaga kepada agensi berita SPA.
Menurutnya, serangan yang dilancarkan membunuh seorang warga tempatan, mencederakan tujuh yang lain dan menjejaskan operasi pengeluaran di beberapa kemudahan minyak utama.
Perkembangan itu menyaksikan bilangan korban di Arab Saudi sejak perang yang dicetuskan oleh serangan Israel-Amerika Syarikat(AS) ke atas Iran pada 28 Februari lalu meningkat kepada tiga orang.
Pegawai berkenaan turut mengesahkan bahawa stesen pam saluran paip minyak utama timur-barat telah diserang, mengakibatkan pengurangan kapasiti mengepam 700,000 tong minyak mentah sehari.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mesyuarat Cawangan UMNO Serlah Semangat Perjuangan, Perkukuh Keutuhan Organisasi
- Operasi Pembenihan Awan Tunjuk Hasil Awal Di Kedah, Perlis – Ahmad Zahid
- Bersatu Perak Dakwa Semakin Kukuh, Iqbal Jamal Persoal Realiti Kepimpinan
UMNO 80 Tahun: Kekuatan Akar Umbi Terus Jadi Teras Perjuangan – Dr Ahmad Maslan
Saluran Petroline Arab Saudi adalah talian hayat ekonomi kritikal semasa perang Asia Barat. Rangkaian paip sepanjang 1,207 kilometer itu menghubungkan dua laluan air yang penting untuk perdagangan global iaitu Teluk di timur dan Laut Merah di barat.
Petroline mampu mengepam sehingga 7 juta tong minyak mentah sehari dan terbukti penting untuk menghantar minyak ke pasaran antarabangsa berikutan sekatan Iran ke atas Selat Hormuz, yang menjadi laluan 20 peratus bekalan minyak mentah global sebelum perang.
Pegawai sama menambah, kemudahan pengeluaran minyak di Manifa dan Khurais juga terjejas, mengurangkan kapasiti pengeluaran kerajaan sebanyak 600,000 tong sehari.
Arab Saudi merupakan pengeksport minyak mentah utama dunia dan menghasilkan lebih 10 juta tong minyak mentah setiap hari. – AFP
Arab Saudi dibelil, pengeluaran lebih sejuta tong minyak terjejas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO 80 Tahun: Peranan Besar Bentuk Sejarah, Kemerdekaan Tanah Air
- Pemuda UMNO Kuala Kangsar Susun Strategi, Perkasa Akar Umbi – Mohamad Arif
- UMNO 80 Tahun: Perkukuhkan Kesepakatan Dengan Perubahan Menyeluruh – Wan Mohalina
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Perkukuh Akar Umbi, Fokus Penyatuan Demi Masa Hadapan UMNO – Suhaimi Nasir
You must be logged in to post a comment.