2 wanita bergaduh depan mayat, baru sedar ‘dimadukan’
2 wanita bergaduh depan mayat, baru sedar ‘dimadukan’

VERACRUZ – Sebuah video tular di media sosial memaparkan dua wanita bergaduh di hadapan keranda berisi jasad seorang lelaki selepas sedar mereka bercinta dengan individu yang sama, lapor akhbar The Sun UK semalam.
Dalam kejadian di bandar Veracruz, Mexico, kedua-dua wanita itu berada dalam majlis pengebumian lelaki tersebut.
Salah seorang daripada mereka kemudian berbisik perlahan kepada si mati dengan berkata: “Sayangku, saya akan merindui awak.”
Wanita kedua kemudian tampil ke hadapan dan bertanya: “Awak siapa?”
Beberapa tetamu lain menyaksikan pergaduhan itu dengan perasaan terkejut sebelum salah seorang daripada mereka tampil cuba menenangkan keadaan.
Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen pengguna media sosial.
“Mereka hampir membunuhnya sekali lagi,” kata seorang netizen. – AGENSI
2 wanita bergaduh depan mayat, baru sedar ‘dimadukan’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO 80 Tahun: Peranan Besar Bentuk Sejarah, Kemerdekaan Tanah Air
- Pemuda UMNO Kuala Kangsar Susun Strategi, Perkasa Akar Umbi – Mohamad Arif
- UMNO 80 Tahun: Perkukuhkan Kesepakatan Dengan Perubahan Menyeluruh – Wan Mohalina
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Perkukuh Akar Umbi, Fokus Penyatuan Demi Masa Hadapan UMNO – Suhaimi Nasir
You must be logged in to post a comment.