UMNO Lahad Datu Perkukuh Akar Umbi, Fokus Persediaan Hadapi PRU16
UMNO Lahad Datu Perkukuh Akar Umbi, Fokus Persediaan Hadapi PRU16

LAHAD DATU, 8 April – Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul menegaskan pentingnya memperkukuh kekuatan parti di peringkat akar umbi menerusi pelaksanaan mesyuarat cawangan yang lebih tersusun dan berkesan.
Beliau berkata, Mesyuarat Cawangan-Cawangan UMNO kali ini menjadi platform penting untuk menyatukan pandangan serta merangka strategi baharu dalam menghadapi cabaran politik semasa, khususnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
“Mesyuarat ini bukan sekadar memenuhi tuntutan perlembagaan parti, tetapi menjadi medan untuk kita menilai kekuatan, memperbaiki kelemahan dan menyusun gerak kerja yang lebih mantap di semua peringkat,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat ahli jawatankuasa bahagian terbabit, semalam.
Menurut beliau, antara fokus utama yang dibincangkan ialah pemilihan wakil tujuh yang akan membawa suara akar umbi ke peringkat bahagian, selain memperkukuh jentera parti bagi memastikan kesiapsiagaan menghadapi PRU16.
Sharif Musa turut menekankan bahawa perpaduan dalam kalangan ahli adalah kunci utama dalam usaha mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Voices of HER: Platform Strategik Lahirkan Kuasa Wanita Masa Depan – Ahmad Zahid
- UMNO 80 Tahun: Warisi Perjuangan, Amanah Pemimpin Terdahulu Untuk Rakyat Dan Negara
- Ekonomi Bumiputera Diperkukuh Hadapi Ketidaktentuan Global – Ahmad Zahid
Wanita Bukti Ketahanan Tinggi, Tonggak Pemulihan Ekonomi Negara – Noraini
“UMNO Lahad Datu perlu bergerak sebagai satu pasukan. Kita mesti ketepikan perbezaan dan memberi tumpuan kepada matlamat bersama, iaitu memastikan parti kembali kuat dan relevan,” ujarnya.
Dalam masa sama, beliau menggesa setiap cawangan agar lebih proaktif dalam mendekati masyarakat setempat serta memahami isu-isu yang dihadapi rakyat.

“Suara rakyat mesti menjadi keutamaan. Kita tidak boleh hanya muncul ketika musim pilihan raya, sebaliknya perlu sentiasa turun padang dan menyantuni masyarakat,” katanya lagi.
Mesyuarat tersebut turut menyaksikan pelbagai pandangan dan cadangan daripada perwakilan cawangan yang menyentuh aspek pengukuhan organisasi, strategi komunikasi serta pendekatan baharu dalam menarik sokongan generasi muda.
Tegas Sharif Musa lagi, dengan semangat baharu yang ditunjukkan, UMNO Bahagian Lahad Datu optimis dapat memperkukuh kedudukan parti di kawasan itu dan seterusnya menghadapi PRU16 dengan lebih yakin dan tersusun. – UMNO Online
UMNO Lahad Datu Perkukuh Akar Umbi, Fokus Persediaan Hadapi PRU16
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mesyuarat Cawangan UMNO Serlah Semangat Perjuangan, Perkukuh Keutuhan Organisasi
- Operasi Pembenihan Awan Tunjuk Hasil Awal Di Kedah, Perlis – Ahmad Zahid
- Bersatu Perak Dakwa Semakin Kukuh, Iqbal Jamal Persoal Realiti Kepimpinan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO 80 Tahun: Kekuatan Akar Umbi Terus Jadi Teras Perjuangan – Dr Ahmad Maslan
You must be logged in to post a comment.