Tiga lelaki selamatkan doktor selepas kereta terjunam dalam parit
Tiga lelaki selamatkan doktor selepas kereta terjunam dalam parit

KOTA KINABALU: Tindakan pantas tiga lelaki menjadi penyelamat apabila berjaya mengeluarkan seorang doktor wanita selepas kereta dipandunya terjunam ke dalam parit besar di Jalan Lintas Kepayan, di sini, pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa yang memandu Perodua Myvi dipercayai dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) menuju ke Lido sebelum melanggar bahagian belakang sebuah trak tunda.
Akibat rempuhan itu menyebabkan kenderaan mangsa hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum terjunam ke dalam parit besar di tepi jalan.
Pemandu trak tunda yang menyedari kejadian itu segera turun untuk membantu dan cuba memanggil mangsa, namun tiada sebarang tindak balas.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mesyuarat Cawangan UMNO Serlah Semangat Perjuangan, Perkukuh Keutuhan Organisasi
- Operasi Pembenihan Awan Tunjuk Hasil Awal Di Kedah, Perlis – Ahmad Zahid
- Bersatu Perak Dakwa Semakin Kukuh, Iqbal Jamal Persoal Realiti Kepimpinan
UMNO 80 Tahun: Kekuatan Akar Umbi Terus Jadi Teras Perjuangan – Dr Ahmad Maslan
Situasi cemas itu bagaimanapun menarik perhatian tiga lelaki yang kebetulan melalui kawasan berkenaan apabila mereka tanpa berlengah terus terjun ke dalam parit bagi menyelamatkan mangsa.
Ketiga-tiga lelaki itu kemudian berjaya menarik keluar mangsa dari dalam kenderaan yang hampir ditenggelami air.
Mangsa yang terselamat kemudiannya dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Tiga lelaki selamatkan doktor selepas kereta terjunam dalam parit
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Melaka Fokus Perkukuh Agenda Pembangunan Demi Kesejahteraan Rakyat
- Muhyiddin Umpama Melukut Di Tepi Gantang Dalam PN – Zawawi
- UMNO Lahad Datu Perkukuh Akar Umbi, Fokus Persediaan Hadapi PRU16
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Ke-80: Terus Jadi Tunjang Harapan Rakyat, Bawa Perjuangan Keramat
You must be logged in to post a comment.