Seorang maut, seorang lagi parah kereta rempuh belakang treler di Inanam

Seorang maut, seorang lagi parah kereta rempuh belakang treler di Inanam

Seorang maut, seorang lagi parah kereta rempuh belakang treler di Inanam
Anggota bomba dan penyelamat berusaha mengeluarkan mangsa kemalangan di Jalan Kionsom Inanam, Kota Kinabalu, lewat malam tadi. – Foto NSTP/Juwan Riduan

KOTA KINABALU: Seorang terbunuh manakala seorang lagi parah selepas kereta yang mereka naiki merempuh belakang sebuah treler di Jalan Kionsom, Inanam, dekat sini, lewat malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, mangsa berusia lingkungan 50-an yang menaiki Perodua Axia disahkan mati di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia manakala seorang lagi berusia 41 tahun parah dan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I untuk rawatan lanjut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Noor Sherriyana Bohari berkata sepasukan 10 anggota bersama jentera dihantar ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

“Setibanya di lokasi, anggota pasukan mendapati kemalangan membabitkan sebuah treler dan kereta PERODUA Axia. Siasatan awal mendapati kereta itu dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang treler,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Noor Sherriyana berkata dua mangsa dari kereta PERODUA Axia didapati tersepit sebelum berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan khas.

Katanya, pemandu treler berusia 33 tahun dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Seorang maut, seorang lagi parah kereta rempuh belakang treler di Inanam

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Ke-80: Terus Jadi Tunjang Harapan Rakyat, Bawa Perjuangan Keramat

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker